suria

Geng ‘kerusi lipat’ pandai cari lokasi ‘healing’ depan KLCC, lepak sampai tengah malam... Tapi perangai buruk, buang sampah merata!

Pengguna Twitter mendakwa segelintir orang awam membuang sampah merata di hadapan KLCC.

BAGI warga Kuala Lumpur, anda tidak perlu berbelanja besar untuk melancong jika mahu menenangkan fikiran buat seketika.

Ini kerana di sekitar pusat bandar juga punya lokasi menarik untuk 'healing' daripada kesibukan kerja sama ada secara bersendirian, bersama keluarga mahupun teman-teman.

Antara lokasi yang mempunyai pemandangan menarik dan menenangkan tentunya di sekitar Menara Kembar PETRONAS (KLCC), membolehkan kita menyaksikan bangunan ikonik itu di depan mata.

Panorama KLCC pada waktu malam begitu indah, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Bungkusan makanan dan puntung rokok bersepah.

Namun, apa yang tidak menarik dilihat apabila menjelang pagi, keadaan sekitar terutama di hadapan menara kebanggaan negara yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia itu 'berubah' wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kencing dalam botol, tahi merata... bilik dah macam tong sampah! Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki caci maki jiran penghuni flat buang sampah merata, geram bumbung kereta kemik - "Mentaliti miskin pemalas!"

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna memuat naik beberapa foto dan video dengan mendakwa kawasan di seberang jalan dari KLCC dicemari dengan sampah.

"Jenis malam-malam dok datang bawa kerusi lipat duduk depan KLCC, bawa anak bini (isteri) semua. Selepas itu makan kuaci biar bersepah.

"Sampah tak buang, padahal hang (kamu) jalan depan sikit ada tong sampah. Apa punya jenis tak bertamadun lah," tulisnya menerusi satu ciapan yang kini tular.

Pendedahan seorang pengguna Twitter mengenai keadaan berhampiran KLCC.

Selain sisa kuaci, turut dilihat dalam foto dan video adalah bungkusan makanan, bekas minuman, plastik makanan ringan serta puntung rokok.

"Makan nasi lemak buang merata-rata depan KLCC. Pemusnah bangsa betul kalau benda mudah macam buang sampah ke dalam tong sampah tak boleh buat," katanya lagi,

Mengulas mengenai andaian netizen mengenai kemungkinan ia berpunca daripada golongan gelandangan, dia bagaimanapun menyangkalnya.

Benci orang yang pemalas buang sampah.

NETIZEN

Sebaliknya, dia mendakwa ia merupakan perbuatan kumpulan yang sering datang ke seberang jalan KLCC untuk berehat menyaksikan pemandangan di lokasi terbabit.

"Bukan (gelandangan). Selalu mereka ini datang park (kereta) tepi jalan depan KLCC, makan-makan bawa kerusi lipat lepak sampai tengah malam.

"Healing apa la agaknya depan KLCC tu. Cuba nak healing jangan sambil menyepah," ujarnya.

Keadaan yang sering menjadi tempak lepak orang awam dicemari dengan sampah.

Ciapan di laman Twitter yang diulang kicau lebih 1,000 kali itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.

"Benci orang yang pemalas buang sampah.

"Cuba duit yang cicir, menggelupur kutip.

"Allahu, sakit mata tengoknya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain