suria

Naya! Lelaki seronok timang cahaya mata, minta cuti bos terus buang kerja sebab bersalin tak ikut ‘due date’ - “Kerja you siapa nak buat... aku?”

Dia diarahkan untuk berhenti hanya kerana mohon cuti isteri bersalin.

BAK pepatah 'disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan tengah hari', begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja diberhentikan kerja.

Lebih malang lagi apabila dia baru sahaja menimang cahaya mata.

Tindakan yang dilakukan penyelianya itu dilihat tidak wajar kerana dia diberhentikan tanpa sebarang notis mahupun alasan munasabah, selepas memohon cuti kerana isteri bersalin.

Sebahagian tangkap layar mesej yang disiarkan.

Sebahagian tangkap layar mesej yang disiarkan.

Menerusi tangkap layar mesej antara dia dan penyelia yang dikongsi, pemberhentian berlaku selepas dia ingin memohon cuti selama satu minggu kerana isteri bersalin.

"Besok saya cuti boleh ke satu minggu, bini (isteri) saya bersalin bos," tulisnya, menyatakan tujuan permohonan cuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dibuang kerja, pemuda ini cuba servis akuarium... tak sangka rumahnya jadi persinggahan kanak-kanak menangis

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki B40 ubah diri kepada T20 selepas dibuang kerja... teh tarik bungkus ikat tepi jadi punca, ubah kehidupan!

Namun jawapan yang diterima daripada penyelianya agak mengecewakan malah dia turut dipersoalkan kenapa isteri yang dijangka bersalin pada 25 Mei tiba-tiba bersalin awal.

Walaupun lelaki itu mendakwa sudah memaklumkan bahawa isterinya perlu bersalin awal, penyelia terbabit terus mengasaknya dengan soalan.

Dia akan dikenakan tindakan sebab due date bersalin tiada siapa tahu.

WARGA MAYA

"Habis you punya kerja macam mana, siapa nak buat? Aku?" balas penyelianya.

Masih mengharapkan ihsan, dia sekali lagi memaklumkan perlu mengambil cuti untuk menjaga isterinya.

Tanpa diduga, dia menerima mesej mengejutkan apabila diminta untuk berhenti kerja walaupun sudah menghantar bukti isterinya bersalin.

Rayuan yang dibuat bukan sahaja tidak diendahkan, sebaliknya penyelia terbabit terus mengasaknya untuk berhenti.

"Kau ni susahlah macam ni, you berhenti saja... tak payah datang lagi. Aku tak mahu kau lagi," ujar penyelianya.

Warganet turut memberi nasihat dan tunjuk ajar untuknya menuntut keadilan.

Warganet turut memberi nasihat dan tunjuk ajar untuknya menuntut keadilan.

Sukar untuk menerima keputusan tersebut, dia sekali lagi menghubungi penyelianya pada keesokan hari.

Bagaimanapun, jawapan yang diterimanya tetap sama selain diminta untuk mengambil gaji terakhir pada 7 Mei nanti.

Dia turut dimaklumkan bahawa kekosongan jawatannya sudah diganti.

Lebih menyedihkan apabila mesej memohon maaf dan akan kembali bekerja yang dihantarnya selepas itu tidak diterima oleh penyelia kerana nombor telefonnya dipercayai telah disekat.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warganet menasihatinya supaya membawa isu tersebut ke pejabat buruh.

Rayuan yang dibuat juga tidak diendahkan penyelianya. - Gambar hiasan

Rayuan yang dibuat juga tidak diendahkan penyelianya. - Gambar hiasan

Dia turut dinasihatkan supaya membawa bersama surat tawaran kerja bagi membolehkan penyelia terbabit dikenakan tindakan selain membantunya mendapatkan pampasan.

"Offer letter hari tu bawa pergi pejabat buruh dan chat ini jadi bukti. Dia akan dikenakan tindakan sebab due date bersalin tiada siapa tahu.

"Bos suruh berhenti tanpa alasan munasabah boleh tuntut gaji tiga bulan... jangan hantar resign letter.

"Jangan berhenti, kalau bos suruh berhenti jangan berhenti... datang kerja, dia tak boleh berhenti susuka hati. Majikan kena bagi notis, lapor pejabat buruh.

"Simpan bukti ni bang, bawa pergi report pejabat buruh. Jangan berhenti, jangan hantar notis... jangan risau, tak akan kena saman sebab sah kesalahan bos," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain