suria

Risau anak lelaki terabai lepas kahwin, bapa selidik habis-habisan calon menantu... Siap tanya pandai masak lauk apa

Proses merisik adalah sesi suai kenal antara kedua-dua keluarga. -Gambar hiasan

MERISIK merupakan satu adat yang digalakkan untuk 'menyiasat' tentang hal peribadi serta rupa paras bakal calon.

Ia melibatkan perjumpaan bersama keluarga pihak wanita dan lelaki untuk berbincang dan membawa hubungan ke fasa yang lebih serius.

Kebiasaannya dalam pertemuan ini, bapa atau wakil pihak wanita akan lebih banyak bertanyakan soalan kepada pihak lelaki kerana tanggungjawab untuk menjaga anak kesayangan akan dilepaskan kepada mereka kelak.

Merisik adalah langkah pertama sebelum menginjak ke jenjang pelamin. -Gambar hiasan

Walaupun begitu, melalui perkongsian seorang pemuda di Facebook, dia yang pada ketika itu sedang menemani rakannya untuk merisik, ternyata terkejut apabila melihat sesuatu yang di luar kebiasaan.

Menurutnya, bapa rakannya itu diperhatikan lebih bersemangat bertanya soalan kepada pihak wanita.

"Awal pagi tadi aku teman member pergi majlis merisik. Kebiasaannya bapa perempuan yang banyak tanya tentang lelaki. Contohnya kerja mana, jawatan apa, misi dan visi hidup, benda-benda macam tu la yang akan ditanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng rajin dah pupus? Pemuda ‘diserang’ dakwa wanita kini cuma melaram, OOTD masa raya... suruh ke dapur, malas!

ARTIKEL BERKAITAN: Geram adik umur 30 tahun malas kerja, hidup menempel dengan ibu... RM2 pun tak ada - “Ringan je tangan nak penampar”

"Tapi ni terbalik pula, bapa member aku tu yang banyak tanya. Dia tanya perempuan tu pandai masak ke tak, lauk apa boleh masak.

"Lepas tu dia tengok sekeliling, dia tanya pula, dalam keluarga siapa yang selalu kemas rumah. Kebetulan adik kepada teman wanita member aku ada dekat situ, memang kena tanya.

"Dia tanya budak tu kalau gaduh dengan kakak siapa yang akan minta maaf dulu, tergamam aku dengar soalan tu," kata pemuda itu.

Baguslah perempuan tu tak kahwin dengan anak pakcik, biar pakcik je jaga anak pakcik sampai bila-bila.

WARGA MAYA

Namun begitu, pemuda itu memaklumkan sesi merisik tersebut akhirnya menemui jalan mati kerana tidak mendapat restu bapa rakannya.

"Lepas selesai merisik semua kami balik. Petang tu member aku ajak lepak minum. Nampak kusut je, dia pun beritahu, ayah dia suruh cari perempuan lain.

"Ramai perempuan tak boleh pakai sekarang, nanti anak lelaki dia tak terjaga. Haha steady la uncle, memang auto jadi idola," kata pemuda tersebut berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menentang perspektif lelaki itu yang seolah-olah mahu merendahkan martabat wanita.

Sebahagian komen warga maya.

"Baguslah perempuan tu tak kahwin dengan anak pakcik, biar pakcik je jaga anak pakcik sampai bila-bila.

"Ya betul, kita mahukan anak lelaki kita dapat pasangan yang baik, tapi sebelum tu kita kena tanya dulu, adakah anak kita itu sebenarnya baik dan layak untuk dapat wanita yang baik?

"Saya ada sedikit persoalan, adakah bapa dia tu nak cari pasangan untuk anak lelaki dia atau nak cari bibik? Masak semua boleh belajar sama-sama. Tak akan dari awal nak terus sempurna dan bersenang-lenang.

"Tak perlu nak memilih sangat pakcik, biasanya rumah tangga hancur pun sebab lelaki, para wanita yang lebih layak untuk memilih," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain