suria

Lalu jalan kampung, pemuda bengang kena hadap pemandu lembab... langsung tak hirau kereta berderet di belakang

Kereta ini memandu sangat perlahan sehingga menyebabkan barisan kenderaan panjang di belakangnya.

SETIAP pemandu mempunyai tahap kecekapan atau 'skill' yang berbeza-beza ketika mengendalikan kenderaan mereka di lebuh raya.

Ada yang lebih berpengalaman sehingga dapat memandu dengan penuh yakin dan tidak kurang juga yang masih gugup mengawal stereng.

Begitulah apa yang dapat disaksikan dalam satu video tular di Twitter apabila sebuah kereta dilihat dipandu dengan sungguh perlahan, menyebabkan terbentuk barisan kenderaan yang panjang di belakangnya.

Ciapan asal di laman Twitter.

Situasi ini sudah semestinya menguji kesabaran pengguna jalan raya kerana agak sukar untuk mereka memotong kereta tersebut memandangkan ia adalah jalan kampung yang sempit dan bersimpang siur.

"Bukan ikut trend, tapi ikut kau la bang," tulis perakam yang waktunya banyak terbuang hanya kerana sebuah kereta yang perlahan.

Warga maya lain juga berkongsikan kekecewaan yang sama jika diletakkan dalam situasi serupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lori disangka gila sebab main signal tengah jalan! Rupanya ada kod tersirat, nak bantu pemandu kereta guna ‘komunikasi lampu’

ARTIKEL BERKAITAN: “Sikit lagi nak kena gilis” - Kanak-kanak meluru depan kereta, nyaris tersembam cium jalan... netizen berang sikap cuai mak ayah

"Yang macam ni memang menguji kesabaran. Nak potong jalan double line pula.

"Kalau aku, mula-mula bagi high-beam dua kali dulu suruh dia laju sikit ataupun aku akan ke tepi dan bagi yang belakang potong.

"Kalau tak jadi juga baru hon dua kali. Tapi kalau itu pun tak jalan nak buat macam mana ya?" soalnya sedikit buntu.

Aku kadang pernah termarah masa duduk belakang, bila dah potong dan nampak orang tua bawa rasa bersalah pula.

WARGA MAYA

Warga maya lain menyuarakan yang mereka tersepit antara mengutamakan keselamatan atau hendak mengambil risiko dengan memotong kenderaan yang kelajuannya ibarat seekor kura-kura.

"Kalau tengok pada cermin belakang dan nampak ada berderet kereta belakang kita, kita patutnya cakna dan pergi tepi dahulu untuk bagi laluan. Jangan paksa orang lain untuk buat benda bahaya.

"Rasa macam nak letak speaker atas kereta supaya lebih senang nak tegur orang-orang macam ni. Dia ingat tu jalan dia seorang punya. Sebab dia seorang la jalan jadi sesak semua.

"Sangat menyampah kalau ada driver lembab macam ni, geramnya Ya Allah.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Sebab tu aku tak suka jalan dalam, nanti jumpa driver macam ni, nak potong pun susah, ini bukan highway," kata sebahagian warga maya.

Seorang warga maya bagaimanapun mengatakan pemandu sebegini biasanya adalah daripada kalangan warga emas dan dia tdak tergamak untuk marah-marah.

"Pengalaman aku la kan, biasanya ni driver tua. Aku kadang pernah termarah masa duduk belakang, bila dah potong dan nampak orang tua bawa rasa bersalah pula.

"Dia bawa slow sebab keselamatan dia, memandu ni memang kena banyak sabar.

"Biasa yang bawa slow dekat jalan kampung macam ni orang tua yang keupayaan badannya pun dah tak kuat, nak marah pun fikir orang tua la kan, tak sampai hati," katanmya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain