suria

Tak reti duduk diam! Sibuk menari, aktif sertai aktiviti dalam kampus... pelajar buktikan mampu dapat pointer gempak

Fatien Hananie mengisi waktunya di universiti dengan pelbagai program.

BAGI sesetengah individu, kehidupan sebagai mahasiswa perlu dinikmati dengan sebaiknya meskipun perlu menempuh pelbagai cabaran yang berliku.

Maklumlah, usia muda dan masa emas bersama sahabat handai tidak akan berulang, lebih-lebih lagi jika sudah tamat belajar dan masing-masing mempunyai kerjaya.

Begitu juga dengan Nur Fatien Hananie Kamaruddin, pelajar semester tiga jurusan Komunikasi Media di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sering berkongsi kisah kehidupan hariannya sebagai pelajar universiti dalam video pendek di TikTok, baginya setiap detik perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kenangan terindah dapat tercipta.

Dia yang mula aktif memuat naik kandungan di aplikasi itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjadikan platform tersebut sebagai ruang untuk mengetengahkan bakat tarian.

"Saya mula aktif masa PKP... ketika tu saya berada di tingkatan 6.

Bersama rakan-rakan penari universiti.

Bersama rakan-rakan penari universiti.

"Content pun sekadar tarian ringkas di kelas sebab saya suka menari dan terlibat dalam dunia seni sejak tadika lagi.

"Namun tak sangka salah satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok tular sehingga membuatkan pengikut menjadi ramai," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bersyukur dengan perkara tersebut, dia yang kini berusia 22 tahun mengakui platform media sosial banyak membantunya sepanjang melanjutkan pengajian.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun ‘peram’ idea dekorasi, siswi lepas gian hias bilik cantik-cantik selepas masuk kolej... bajet bawah RM100 je!

ARTIKEL BERKAITAN: Masakan ‘edisi kolej’ bikin ramai ketagih, untung siapa rapat dengan pelajar ini - “Saya tak masak untuk seorang”

"Sejajar dengan jurusan yang diambil, saya perlu banyak menggunakan media sosial juga.

"Jadi sedikit sebanyak memberi kebaikan dan manfaat kepada saya terutama sekali apabila mempunyai pengikut yang ramai," katanya yang memiliki lebih 13,000 pengikut di TikTok.

Menurut anak sulung daripada empat beradik ini lagi, minat yang mendalam terhadap tarian juga mendorongnya menyertai beberapa aktiviti kelolaan universiti.

Alhamdulillah saya dapat membahagikan masa dengan baik antara aktiviti dan akademik.

NUR FATIEN HANANIE

Malah katanya, pencapaian terbaik yang berjaya diperoleh adalah menjadi salah seorang penari yang membuat persembahan pada acara gilang gemilang universiti iaitu konvokesyen.

Selain itu, dia turut menyertai festival kebudayaan dan Kelab Citra maya yang diperkenalkan di UniMAP.

Antara program sukarelawan yang disertai.

Antara program sukarelawan yang disertai.

Tidak terhad dalam bidang seni tari, gadis tinggi lampai ini gemar menyertai program sukarelawan sekali gus melengkapkan dirinya sebagai mahasiswa.

"Malah dia turut menjadikan TikTok sebagai medan untuk mempromosikan aktiviti yang dilakukan seperti penyertaannya dalam program di Pulau Tuba, Indonesia," tambahnya.

Bagaimanapun, dia yang bercita-cita ingin menjadi pembaca berita mengakui bahawa dirinya bukanlah penghasil kandungan (content creator) kerana masanya terbatas dengan jadual kuliah serta tugasan di samping pelbagai aktiviti universiti yang padat.

Fatien Hananie merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Fatien Hananie merupakan anak sulung daripada empat beradik.

"Alhamdulillah saya dapat membahagikan masa dengan baik antara aktiviti dan akademik... dengan memastikan setiap tugasan mempunyai progres sebelum saya menyertai mana-mana program sukarelawan. Saya mahu jadi wartawan atau pembaca berita," katanya yang berjaya mencapai keputusan 3.5 ke atas dalam akademik.

Pada masa ini, dia juga sering dipilih menjadi pengacara bagi beberapa program anjuran universiti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain