suria

Sewa mahal tapi dapat bilik air bau hancing, aircond bocor... Wanita ini ‘spill’ lokasi vila, makin geram tak mahu pulangkan deposit!

depo

NIAT untuk bercuti bersama keluarga selepas pulang berhari raya di kampung halaman, bertukar menjadi pengalaman pahit yang tidak akan dilupakan oleh seorang wanita ini yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pemilik sebuah vila.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di sebuah grup Facebook, wanita tersebut berkata dia dan keluarganya menyewa vila berkenaan selepas membuat tempahan secara langsung menerusi nombor telefon yang dipaparkan di enjin carian Google.

Tambah wanita berkenaan, dia sempat membaca ulasan (review) daripada pelancong yang pernah menginap di vila berkenaan namun apa yang dipaparkan adalah maklum balas yang positif.

Bagaimanapun bak kata pepatah, vila yang terletak di Pulau Pinang itu ibarat indah khabar daripada rupa.

"Even vila ni besar dan muat lebih dari 30 (orang untuk) duduk (tapi) aircond bocor, banyak nyamuk, bilik air lagi la busuk sangat bau hancing, air slow, kemudian ada kolam, tapi tersangatlah tak strategi ya.

"Mami saya jatuh tergolek dekat situ, sampai tangan dia sebelah tak boleh gerak," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantai tandas berdaki, ‘quilt cover’ koyak cara hotel 5 bintang ini sambut pelanggan... Wanita serik bayar mahal tapi servis ‘hancur’

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah hotel diberi rating tinggi, pulang bagi reviu 0! Pelanggan ‘disambut’ mangkuk tandas ada najis, selimut ada tompok merah

Pengalaman kurang enak yang dialami wanita tersebut dan keluarga rupa-rupanya tidak berakhir setakat itu sahaja.

Sudahlah membayar harga RM868 untuk menginap, apa yang mengecewakannya adalah apabila pihak vila berkenaan bermain tarik tali dan mencipta pelbagai helah.

Dakwa wanita itu, pihak vila seolah-olah enggan mengembalikan wang deposit bernilai RM200 yang sudahpun dibayar ketika mengesahkan tempahan.

"Yang datang bagi kunci waktu kami sampai tu, dia cakap deposit akan dipulangkan balik pada hari kita balik (check out). Dan saya diberi pilihan untuk buat pembayaran.

WA

Antara tangkap layar perbualan dengan pihak vila yang dikongsikannya.

"Dalam WhatsApp tu pun dah tunjuk yang saya diberi pilihan. Kemudian yang datang bagi kunci cakap cash only, dia tak accept online payment. Jadinya saya cakap dekat dia, you punya owner or boss ada bagi options payment. So saya tetap nak bayar online payment sebab saya tak ada cash waktu tu," kongsinya lagi.

Tambah wanita berkenaan, ketika mahu mendaftar keluar (check out), individu yang menyerahkan kunci vila tetap bertegas enggan memulangkan wang deposit yang sudah dibayarnya.

"Dia ingat RM200 tu 20 sen ke? Dia nak tipu kita macam tu je. First, yang bagi kunci tu cakap kami rosakkan mop dia. Saya cakap CCTV ada dalam rumah tu, tengok siapa yang buat salah.

"Tiba-tiba kata CCTV tak berfungsi padahal dia sendiri kata CCTV tu berfungsi waktu jumpa tu. Mop nak ganti RM180! Mop apa sampai harga kayangan macam tu?

"Jadi saya decide untuk call balik number yang saya buat booking tu. Okay dah kena marah terus dia cakap, lepas je staf dia kemas vila tu, dia akan pulangkan balik deposit," ceritanya lanjut.

Jahatnya scammer ni, selamba je menipu tambah-tambah keadaan rumah yang kotor tak selesa. Sila blacklist.

NETIZEN

Namun hari berganti hari, wang deposit yang dijanjikan bukan saja tidak dipulangkan malah pemilik vila didakwa membuat drama baru mengatakan wang berkenaan sudah dipindahkan kepada seseorang yang merupakan ahli keluarga wanita tersebut.

"Dah putar belit cerita, lepas tu tak nak bayar. Kita cuma minta deposit kita balik, kita mintak elok-elok, dia start nak gaduh dengan kita dulu... takkan kita nak diam?

"Its okay, saya nak dia tengok yang saya berani viralkan. Dia fikir saya tak boleh buat? Dia fikir saya muda, dia boleh memperbodohkan saya. Sorry. You salah orang," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian wanita tersebut meraih 175 shares di Facebook.

komen

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian pengalaman wanita berkenaan.

Menjengah ruangan komen, majoriti warga maya memberi cadangan agar wanita tersebut melaporkan kes berkenaan kepada pihak yang berwajib agar perkara yang sama tidak menimpa orang lain.

Malah ada juga mencadangkan agar orang ramai membuat rakaman di tempat penginapan sebagai bukti untuk mengelakkan kejadian seumpama berlaku.

"Buat report kat MOTAC terus cik. Dan lepas ni mungkin boleh selidik dulu betul-betul tempat yang nak booking, untuk elak jadi lagi macam ni.

"Homestay jika berdeposit maka wajiblah kamu ambil gambar semua benda apabila masuk. Termasuklah rosak atau tak untuk TV, heater, aircond, kipas. Post somewhere for proof.

"Jahatnya scammer ni, selamba je menipu tambah-tambah keadaan rumah yang kotor tak selesa. Sila blacklist," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain