TIDAK dapat dinafikan kenaikan kos sara hidup pada masa ini membebankan rakyat sehingga ada yang sanggup tebal muka meminta sumbangan daripada orang ramai. Namun ada juga yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati masyarakat Malaysia, ibarat 'diberi betis mahu paha'. Seperti dikongsikan pemilik akaun @ezyezzreen, dia terkejut apabila menerima mesej kali kedua daripada seorang individu bertujuan untuk meminta bantuan. Wanita terbabit pernah meminta bantuan pada 12 April lalu. Seolah tiada rasa segan silu, individu terbabit menggunakan alasan yang sama seperti sebelumnya iaitu perlukan duit untuk membeli susu dan lampin pakai buang untuk anaknya. Malah katanya, duit gaji yang diterima setiap bulan juga sudah habis selepas melunaskan pelbagai bayaran. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan simpati tapi makin geram! Pengemis warga asing guna taktik ‘patah tengkuk’ ketuk cermin kereta... “Laju pula toleh kiri kanan” ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis Rohingya marah-marah peniaga tepi jalan, tak puas hati minta makanan free tak dapat... Netizen kata jangan bagi muka Bercerita secara ringkas kepada mStar, Ezy berkata, dia sudah membantu wanita terbabit pada 12 April lalu selepas menerima mesej di akaun Twitter. "Dia DM (mesej) di Twitter cakap nak bantuan susu dan pampers anak-anak sebab duit tinggal RM8 dalam akaun. "So of course I bagi duit sebab easier for me since I’m a very busy person (lebih senang sebab saya selalu sibuk)... tak kan I nak hantar susu pampers pula. Dia minta semua orang in April. WARGA MAYA "Kemudian saya masukkan RM100 pada dia pada 14 April 2023 dan baru-baru ni she had the audacity to ask again (dia ada keberanian untuk minta lagi). I dah geram sebab orang lain yang I tolong tak ada pun minta twice (dua kali)," luahnya. Status terkini yang dimuat naik wanita terbabit mengejutkan Ezy. Pelik dan curiga dengan apa yang berlaku, Ezy mula menyelidik akaun media sosial wanita terbabit dan tanpa diduga ternampak salah satu hantaran Twitter yang memaparkan dia sedang minum di sebuah kedai kopi jenama popular. Ezy yang berasa dirinya seperti tertipu kemudian memuat naik kisah wanita terbabit di media sosialnya. "I post dekat Twitter... ramai sangat DM cakap she’s a scammer dan sudah DM banyak orang minta bantuan sedangkan dia bekerja elok, ada suami. "It’s not the right thing to do (Tak betul cara ni). Dia siap boleh beli handbag dan salah seorang ahli keluarganya siap screenshot... dia raya baru-baru ni beli baju yang harga hampir RM300, semua cukup siap beg tangan dan kasut. "Dia masih berani meminta daripada ramai orang. Banyak orang tau transfer dan tolong dia malah pernah minta bantuan dari Baitulmal," dakwanya. Sebilangan warga maya yang meninggalkan komen mengakui pernah menerima mesej daripada wanita terbabit. -Gambar hiasan Menyusuri perkongsian yang dibuat Ezy, kebanyakan warga maya mengakui pernah menerima mesej dan membantu individu tersebut. Ezy juga menyatakan dia menerima banyak mesej menceritakan perihal wanita berkenaan termasuk daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Paling mengejutkan, wanita terbabit seolah-olah tidak serik apabila dirinya pernah tular atas perbuatan yang sama sekitar Jun 2021 kerana menggunakan wang bantuan untuk memberi barangan mewah dan berjenama. Malah wajahnya juga pernah dimuatnaik menerima sumbangan daripada bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri. "Moreover dia minta semua orang in April. Tengoklah sis, mesej kita selang beberapa hari... tak berkat betul puasa. "Modus operandi yang sama tapi yang ini kat Instagram. Harap dapat membantu orang lain agar berhati-hati. "She asked me too," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube