USIANYA baru menjangkau 20 tahun, namun lenggok tari yang dipaparkan begitu lembut seolah-olah sudah lama mencebur diri dalam seni berkenaan. Maka tidak hairanlah apabila gadis ini mendapat perhatian ramai gara-gara bakatnya selain memiliki rupa paras yang cantik. Bercerita kepada mStar, Nor Shimah Mad Tausau yang merupakan anak kelahiran Semporna, Sabah ini mengakui dia meminati seni tari sejak kecil. Antara pakaian yang digayakan Shimah. Malah sudah banyak pertandingan tarian yang disertai selain Festival Igal Antarabangsa. Menunjukkan keunikan tarian Igal-Igal, rentak Tagungguk dan Panansang dalam setiap video yang dimuatnaik di media sosial, anak kelima daripada sembilan beradik ini berkata dia mahu memastikan orang ramai tahu tentang tarian tradisional. "Saya melibatkan diri dalam bidang tarian ini sejak kecil dan mahu memperdalamkan lagi seni tradisional ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Impian saya adalah untuk mengangkat seni tari tradisional sehingga dikenali ramai," ujarnya yang sudah berjinak dalam seni tari sejak usia 8 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Leka tengok pemuda ini tulis khat di TikTok, ramai ‘request’ tulis nama... Imej arwah Tok Guru Nik Aziz pun ada! ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula mak ayah tak restu, risau tiada masa depan... Graduan perubatan buktikan keupayaan diri, jadikan seni sebagai kerjaya Baginya, dorongan daripada ibu dan kakak menjadi penguat untuk dia terus berkarya dalam seni tari. Sekarang terlalu ramai penari yang lebih berbakat dan permintaan kepada tarian moden juga lebih banyak... jadi saya belajar juga seni tersebut. NOR SHIMAH Bercerita lanjut, dia yang lebih gemar disapa Shimah berkata, kandungan video tarian yang disiarkan termasuklah yang berasal dari seni tari tradisional suku kaum Bajau dan Suluk. Sebagai penari, dia berpandangan tidak lengkap sekiranya tidak mahir bermain alat muzik. Oleh itu, dia memilih alat tradisional suku kaum Bajau iaitu Tagungguk sebagai hobi. Salah satu pertandingan yang disertainya. Meskipun hanya meminati tarian tradisi tersebut, namun Shimah tetap memastikan dirinya mengetahui tarian-tarian moden. Malah, dia mengakui turut mempelajari beberapa tarian moden supaya dapat bersaing pada masa hadapan. "Saya sentiasa mengikuti perkembangan tarian moden supaya boleh bersaing dengan penari-penari yang lain. "Maklumlah sekarang terlalu ramai penari yang lebih berbakat dan permintaan kepada tarian moden juga lebih banyak... jadi saya belajar juga seni tersebut," ujarnya yang bercita-cita ingin menjadi usahawan berjaya. Sering diasak tentang penyertaan pertandingan ratu lepa, ujarnya, dia berhasrat untuk menyertainya pada tahun lalu namun terikat dengan sesi pembelajaran kerana masih menuntut di tingkatan 6. Tambah Shimah, dia akan berusaha untuk menyertai pertangingan tersebut pada tahun ini sekiranya tiada halangan. Menyusuri ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan gerak tari Shimah yang lemah gemalai tersebut. "Sungguh tersirat langkah dan pegerakan mu dik... cantik dan indah. "Suka tengok dia menggalai, tidak bosan tengok gerakan dia. "pandainya... badan ku ni keras betul mengalai. "Aku perernah belajar tarian ni, cramp sampai sekarang jari melentik. "Semangat ya, tahun depan mesti ikut ratu lepa," ujar beberapa warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube