PETAI bukanlah asing bagi masyarakat di negara ini. Sungguhpun baunya 'menyengat', namun jika dihidangkan sebagai ulam ataupun dijadikan sambal, boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan. Harga petai mentah pula kebiasaannya bergantung kepada musim ataupun 'gred' namun selalunya ia berharga sekitar RM10 hingga RM20 untuk seikat petai. Bagaimanapun ada juga petai yang dijual di dalam pek atau bekas yang sudah siap dikupas kulit, menjadikan harganya sedikit mahal daripada petai ikat. Bagaimanapun, perkongsian seorang individu yang memaparkan satu bekas petai siap dikupas di laman TikTok menjadi tular gara-gara harga yang terpampang rak yang menempatkan ulam berkenaan. Petai sangat sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Gambar hiasan "Did I see wrongly? Petai so expensive now? Inflation? (Saya salah tengok ke? Petai memang mahal ke sekarang? Inflasi?)" demikian keterangan yang ditulis pada perkongsian video tersebut. Jelas kelihatan harga yang diletakkan di rak tersebut iaitu RM113.90 namun ia tidak menyatakan berat timbangan petai berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi kerabu lauk ikan, solok lada harga RM10! Pelanggan anggap sedekah, tak kisahlah mahal atau murah ARTIKEL BERKAITAN: Brokoli harga ‘kayangan’! Pelanggan dakwa tak masuk akal, ada yang minta jangan pertikai lokasi T20 berbelanja Daripada pemerhatian saiz bekas berkenaan, isi petai yang dikupas itu berkemungkinan seberat sekitar 100 gram hingga 200 gram. Pada bahagian bawah pelekat harga itu pula, ia tertulis petai gred 1 dari Malaysia atau Thailand. Sementara itu bahagian kapsyen, individu tersebut turut menyatakan lokasi pasar raya berkenaan yang terletak di Kuala Lumpur. Bagaimanapun tiada keterangan lanjut yang dihurai pada perkongsian berkenaan. Masya-Allah... tersembur air teh tengah minum tengok harga. NETIZEN Disebabkan itu, warga maya tampil dengan pelbagai tanggapan selain menghujani ruangan komen dengan komen-komen lucu. Ada yang menganggap berkemungkinan ia merupakan petai organik sehingga harganya mencecah ratusan ringgit. Namun ada yang berkata, tidak mustahil harga petai berkenaan mahal kerana ia dijual di rangkaian pasar raya terkemuka yang terkenal dalam kalangan T20. Ada juga berpendapat, harga RM113.90 adalah harga untuk satu kilogram. Komen daripada netizen mengenai perkongsian video petai yang tular. Bagaimanapun, rata-ratanya melahirkan rasa terkejut kerana pertama kali melihat harga petai yang begitu mahal. "Petai ini bunian yang tanam, dikutip dengan galah emas, dikopek satu persatu oleh puteri kayangan. "T20 punya petai yang ditanam di Scotland. "Saya nak tanam petai di belakang rumah. "Masya-Allah... tersembur air teh tengah minum tengok harga," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube