BAGI mahasiswa, detik yang paling ditunggu-tunggu sudah pastinya hari konvokesyen. Ia merupakan hari paling bersejarah di mana mahasiswa akan meraikan kejayaan apabila menerima skrol selepas bertahun-tahun menimba ilmu. Ketika ini, laman sosial meriah dengan perkongsian netizen yang memuat naik gambar serta video masing-masing yang dirakam pada hari berkenaan untuk diabadikan sebagai kenangan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Tidak terkecuali, Syibratuain Mazeli yang turut menerima skrol baru-baru ini, selepas menunggu lebih setahun untuk meraikan hari graduasi yang tertunda gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun momen hari konvokesyen wanita ini menjadi detik yang paling tidak dapat dilupakan apabila dia bukan sahaja dapat berswafoto dengan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, malah sempat memberi baginda 'pick-up' line! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cemas jari kelingking tersepit dalam lubang kayu, tarik-tarik tak keluar! Mujur belum telefon abang bomba ARTIKEL BERKAITAN: Lebih seminit di pentas sebab keliru disoal harga sawit ketika terima skrol, apa pula kisah graduan selepasnya... cuak sampai muka kejung! - “Pro-canselor memang suka tanya student” Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Ain berkata, idea untuk memberikan 'pick-up line' kepada Tengku Permaisuri Norashikin muncul secara spontan selepas mengetahui baginda menjadi pemberi skrol pada sidang konvokesyennya. "Sebenarnya tak tahu pun baginda yang akan beri skrol. Apabila masuk dewan, saya nampak kerusi tetamu VIP berwarna kuning. Maka betullah rupa-rupanya Tengku Permaisuri Norashikin yang datang. "Jadi saya fikir, mengapa tidak untuk tinggalkan kenangan indah pada hari konvokesyen... lagi-lagi pula saya memang 'adore' dengan baginda. Syibratuain mengenakan sut Mary kay sewaktu hari konvokesyennya. "Pada mulanya, saya nak beri pick-up line lain. Ayat asalnya saya nak cakap 'apa persamaan Tengku dengan sjil konvo saya? Jawapannya, dua-dua beri kenangan terindah untuk saya'. "Tapi sebab risau panjang, saya pendekkan kepada 'terima kasih Tengku Permaisuri kerana bagi kenangan terindah buat saya hari ini'. Dan baginda senyum manis bila mendengar. Terlaksana jua hasrat saya," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini. Tidak sekadar itu, tambah Ain, dia juga tidak menyangka akan bertemu sekali lagi dengan Tengku Permaisuri Norashikin ketika sedang merakamkan gambar bersama keluarga di luar dewan. "Tak sangka berjodoh lagi sekali dengan baginda. Waktu tu, saya dan keluarga tengah berfoto di luar dewan. Kebetulan, baginda dah selesai untuk sidang pagi dan mahu berangkat pulang. Baginda senyum manis bila mendengar. Terlaksana jua hasrat saya. SYIBRATUAIN MAZELI "Saya cuba meminta kebenaran untuk berselfie dan Tengku Permaisuri pun sporting. Hanya beberapa orang saja yang dapat peluang ketika itu termasuk saya. Rasa macam bertuah sangat," ujar wanita berusia 26 tahun ini. Berkongsi kisahnya lebih lanjut, Ain yang kini bekerja sebagai pengarah jualan Mary Kay berkata, untuk menjadikan hari konvokesyennya lebih signifikan, dia memilih untuk menyarung sut lengkap berwarna ungu yang menjadi identiti jenama produk kosmetik berkenaan. "Saya berkecimpung dengan Mary Kay sejak semester empat. Ketika itu kulit muka saya break out dan saya cuba guna. Alhamdulillah serasi dan sejak itu saya mula berjinak-jinak menceburi bisnes sebagai beauty consultant. "Kini dah tiga tahun bersama jenama itu sehinggalah bergelar pengarah jualan. Selain dapat jana pendapatan sampingan, saya juga nak buktikan bahawa seorang pelajar boleh berjaya dalam bisnes pada masa yang sama," ujarnya lagi. Syibratuain menceburi bisnes dengan Mary Kay sejak semester empat. Tidak menyangka video konvokesyennya meraih perhatian ramai, Ain berkata dia sekadar mahu mengabadikan kenangan berkenaan di media sosial untuk tatapan masa akan datang. "Ramai juga yang tanya, apa yang saya cakapkan pada Tengku Permaisuri sebab macam lama sikit berbanding graduan lain. Lebih kelakar, ibu saya fikir saya sedang promote Mary Kay kepada Tengku Permaisuri Norashikin. "Saya tak sangka pula jadi viral, asalnya nak buat kenangan saja. Di kesempatan ini, saya nak ucap terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perjalanan degree saya ini. "Akhirnya selepas struggle dengan pelajaran dan bisnes, kepenatan dan usaha selama ini benar-benar berbaloi," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube