suria

Lawak bodoh! Kucing sedang sawan jadi bahan jenaka... Nak ruqyah, bagi minum ketum - “Tak ada fungsi jadi manusia”

Kucing ini mengalami sawan dan tidak dibantu oleh pemiliknya.

KUCING pastinya menjadi haiwan kesayangan ramai.

Walaupun begitu, si bulus ada kalanya sensitif dan memerlukan penjagaan khusus terutamanya yang berbaka 'kayangan' dan mempunyai pantang larang tersendiri dalam pemeliharaannya.

Begitulah apa yang dapat diperhatikan melalui satu video tular di Twitter apabila seekor kucing British Shorthair dilihat mengalami kekejangan otot atau sawan.

Perkongsian asal di laman Twitter.

Namun, perkara yang meruntun jiwa dan emosi apabila orang di sekeliling kucing itu hanya berpeluk tubuh malah sempat berjenaka tentang keadaan haiwan berkenaan yang sedang menggelupur menanggung seksa.

"Uish kenapa ni, sawan ke ni? Dia kesurupan (dirasuk) ke ni. Eh kita kena Ruqyah dia ni.

"Tak, ni bukan nak mati, ni sawan kucing," kedengaran butir-butir perbualan beberapa pemuda dipercayai sedang menyaksikan kucing itu diserang sawan tanpa sebarang tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawakal! Rela korbankan simpanan lebih RM2,000 walau harapan si bulus hidup tipis, adakah keputusan siswi ini selamatkan kucing kena sawan tepat?

ARTIKEL BERKAITAN: Apa nasib 40 ekor kucing Adibah Noor? Pengusaha rumah perlindungan haiwan tawar diri nak bela, waris tak perlu bayar

Salah seorang daripada mereka juga mencadangkan supaya kucing tersebut disimbah air agar ia boleh kembali 'segar'.

"Siram air dekat muka dia jom. Eh jangan, jangan. Okay jom bagi dia ketum," ujar mereka cuba memikirkan solusi ketika keadaan semakin genting.

Mulut si bulus itu dilihat berjejehan dengan air liur manakala pergerakan badannya sungguh agresif.

Kucing kampung tak pandang, bila dah jadi benda macam ni satu benda pun tak tahu. Tahu borak benda kurang bijak je.

WARGA MAYA

"Aku tak pasti nak buat apa ni. Kita tolong doakan je. Weh berair mulut dia keluar.

"Hah tengok tu, dia dah okay, nasib baik, buat kita risau je," kata mereka, lega apabila kucing itu mula pulih dari sawannya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar kumpulan pemuda itu yang dianggap memandang remeh keadaan kucing tersebut yang sedang bergelut.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Biasalah Melayu. Bela kucing nak British Shorthair. Kucing kampung tak pandang, bila dah jadi benda macam ni satu benda pun tak tahu. Tahu borak benda kurang bijak je. Tolong rajinkan diri mencari ilmu.

"Sempat lagi dia rakam tu. Kurang ajar. Manusia tak berguna. Kalau jadi macam ni, pastikan di sekeliling kucing tu tak ada benda yang boleh cederakan dia, buka ruang," antara komen netizen.

Dalam kemarahan warga maya, ada juga yang memberikan tip dan penyelesaian untuk masalah ini.

"Kalau boleh, cuba peluk atau pegang badan dia dengan menggunakan kain atau tuala, nampak dalam video kucing tu sawan sampai beberapa kali kepala terhantuk dekat lantai.

"Waktu peluk kucing sawan, cuba usap kepala untuk tenangkan dia, bagi dia rasa panas dan selamat. Cuba panggil nama kucing tu juga, kalau dia boleh bagi reaksi maksudnya dia dah sedar,.

"Kalau dalam family aku ada kucing sawan kami ambil letak dalam kain dan peluk dia kasi rasa warm dan tenang.

"Tapi kalau dalam video ni semuanya macam tak berguna belaka. Tak ada fungsi jadi manusia kalau setakat tengok sahaja," ujar beberapa warga maya memberikan nasihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain