suria

Ibu 5 anak iklan diri di media sosial, cari suami teman borak hingga akhir hayat - “Saya dah tua, tapi layak bahagia”

Suzzanne berharap dapat bertemu pasangan hidup.

MEMILIKI pasangan sehingga ke akhir hayat merupakan impian setiap wanita yang bergelar isteri.

Malah ada yang tidak serik untuk berkahwin beberapa kali meskipun pernah dikhianati atau berdepan pengalaman buruk berumahtangga.

Seperti wanita berusia 47 tahun ini, dia sekali lagi mencuba untuk mencari pasangan hidup dengan 'mengiklankan' diri di media sosial.

"Ini kali kedua saya mencari pasangan. Sedikit malu sebab saya dah tua, tapi saya layak untuk bahagia juga," ciapnya ringkas.

Suzzanne mencari calon suami sekali lagi di halaman Twitter.

Suzzanne mencari calon suami sekali lagi di halaman Twitter.

Dia turut meminta supaya warga maya berkongsi ciapannya di platform masing-masing.

Dikenali sebagai Suzzanne Anton, dia juga menggariskan beberapa kriteria pasangan yang diingininya selain mendedahkan perihal diri.

Merupakan ibu kepada lima cahaya mata, wanita yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor ini memaklumkan kesemua anaknya sudah melewati usia remaja.

"Saya gemar memasak, melancong dan bersenam di gym selain bekerja sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang jadi suri rumah selepas kahwin, BF duda respons ‘kerja malam je’! Gadis keliru dia lelaki gatal atau normal

ARTIKEL BERKAITAN: Helah lelaki duda cari pasangan terbongkar, rupanya nak suruh jadi ‘maid’ jaga anak... Paling sadis duit belanja pun tak bagi!

"Sangat memahami dan pendengar yang baik jadi saya mencari suami yang boleh diajak bersembang serta dapat memberi nasihat," ujarnya yang mempunyai seorang kakak dan tinggal di Sabah kerana mengikut suami.

Bagaimanapun, Suzzanne meletakkan syarat supaya lelaki yang ingin mengenalinya bukanlah suami orang dan berumur lingkungan 37 hingga 55 tahun.

Ketika dihubungi mStar, dia menyatakan bahawa anak sulungnya baru sahaja mula bekerja manakala anak kedua berusia 19 tahun.

"Anak kedua nak sambung belajar tetapi saya tak mampu kerana keputusan peperiksaannya tidak berapa baik.

Akak tak payah... fokus kat diri dan anak-anak, biar tak ada jantan nak.

WARGA MAYA

"Baru-baru ni tuan rumah lama nak ambil balik rumah, kelam kabut cari rumah dan pindah dua minggu sebelum raya," luahnya yang diserang penyakit jantung selepas mengalami kemurungan melampau penghujung tahun 2019.

Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan bahawa dia dan bekas suami telah bercerai secara sah pada 25 Februari 2019.

Menyedari ramai yang beranggapan dia mencari suami bagi membantu urusan kewangan, Suzzanne berkata, anak-anak adalah tanggungannya sendiri.

"Anak-anak akan tanggung sendiri, tak akan susahkan bakal suami. Selepas bercerai saya mengalami depression sebab sudah biasa hidup berteman.

Suzzanne bersama lima anaknya.

Suzzanne bersama lima anaknya.

"Maklumlah, saya berkahwin di usia 19 tahun dan sekarang tiba-tiba kena uruskan sendiri semua perkara dengan tiada kenderaannya... dulu beli barang pun jalan kaki sahaja," luahnya lagi.

Selepas memuatnaik status tentang pencarian calon suami, dia mendedahkan telah dihubungi ramai individu di halaman Twitter, namun kebanyakan adalah mereka yang berusia 20 tahun ke bawah.

"Terima kasih di atas mesej... tapi adik-adik 20 tahun ke bawah, awak sebaya dengan anak saya.

"Tolonglah faham dan jangan paksa. Usia 30 tahun ke atas boleh diterima tetapi dengan syarat," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan supaya dia bertemu dengan pasangan yang diimpikan.

Kebanyakan warga maya mendoakan Suzzanne mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab.

Kebanyakan warga maya mendoakan Suzzanne mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab.

Tidak kurang juga yang mengesyorkan supaya Suzzanne mencuba aplikasi dating baitulmuslim.com bagi mendapatkan pasangan yang bersesuaian.

"Semoga akak dipertemukan jodoh yang baik-baik.

"Saya doakan semoga puan diberikan jodoh yang baik pada tahun ini. Lumrah manusia hidup berpasangan.

"Saya doakan akak bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, yang boleh sayang dan jaga akak... but please say no to suami orang.

"Semoga dipermudahkan urusan kak. Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab," ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun, terdapat juga pelayar yang memintanya supaya tidak mencari pasangan sebaliknya fokus pada diri sendiri dan anak-anak.

"Akak tak payah... fokus kat diri dan anak-anak, biar tak ada jantan nak. Jadilah seorang ibu yang terbaik mampu menjaga anak-anak dunia dan akhirat," katanya di ruangan komen.

Suzzanne kemudian membalasnya dengan mengatakan pelayar terbabit tidak berada dalam situasinya.

Dia turut menambah, ibu boleh menjaga lima orang anak tetapi belum tentu anak boleh jaga seorang ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain