suria

“Awak makan asid folik tak?” - Ibu kaget dengar soalan jururawat, ‘berperang’ dengan perasaan tengok anak sumbing

Pita pelekat perlu diletakkan pada bibir Hadif bagi menurunkan gusinya.

“KENAPA dengan mulut anak kita?”.

Itu soalan yang terpacul daripada mulut wanita ini kepada suaminya semasa kali pertama melihat anak mereka ketika sesi skin to skin sejurus selepas melahirkan.

Malah menerusi video perkongsian di TikTok, wanita berkenaan turut mengakui pada ketika itu dia melihat anaknya yang dilahirkan sumbing dengan pandangan kosong.

Pada masa sama dia menerima soalan yang tidak dijangka daripada jururawat bertugas.

"Awak makan asid folik tak semasa mengandung?" imbas wanita itu menceritakan kembali ketika diajukan jururawat.

Pita pelekat perlu diletakkan pada bibir Hadif bagi menurunkan gusinya.

Pita pelekat perlu diletakkan pada bibir Hadif bagi menurunkan gusinya.

Bercerita kepada mStar, Nurul Hazwani Mansor berkata, dia hamil anak kedua semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Disebabkan itu, saya dan suami tidak dapat buat imbasan di klinik swasta... lagipun klinik swasta memang tak terima kalau nak buat imbasan terperinci.

“Jadi kami memang harapkan scan daripada klinik kesihatan sahaja,” ujarnya yang hanya mengetahui anak mengalami sumbing selepas melahirkan.

Meskipun terkejut, suaminya tetap berfikiran positif selain turut memberi kata-kata semangat supaya dia menjadi lebih kuat serta menerima keadaan anak mereka, Muhammad Hadif Yasser Mohd Yushazanie dengan hati terbuka.

Nurul Hazwani mempunyai dua cahaya mata.

Nurul Hazwani mempunyai dua cahaya mata.

“Suami masih boleh fikir dengan waras dan cakap ‘tak apa sayang, ada hikmah ni... nanti doktor-doktor sini tahu macam mana nak buat, anak kita ni sayang’.

“Selain suami dan keluarga, jururawat serta doktor terlibat sangat-sangat membantu. Malah sepanjang warded mereka selalu bagi kata-kata semangat,” luahnya lagi.

Sering menerima kata-kata semangat daripada orang sekeliling, dia yang bertugas sebagai kerani akaun bersyukur kerana tidak mengalami kemurungan.

Tambahan pula pada masa itu, doktor di hospital berkenaan mencadangkannya supaya menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cleft Lip & Palate Association Malaysia (CLAPAM).

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbing bibir dan lelangit, vokal mantap selepas buat 3 pembedahan! Wanita ini bikin ramai meremang nyanyi lagu Misha Omar

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar tak ada rupa, asalkan ada adab” - Gadis sumbing seru netizen ‘jaga mulut’, jangan biadab di media sosial

“Semasa dalam hospital, ada doktor sarankan saya untuk sertai NGO... daripada situ saya dapat sokongan moral,” tambahnya.

Mengalami sumbing bukanlah bererti anaknya Muhammad Hadif hidup tidak normal seperti kanak-kanak seusianya.

Sebaliknya, anak bongsu daripada dua beradik itu hanya mengalami kesukaran untuk makan dan minum sahaja.

Struggle bab penyusuan sahaja sebab berbeza. Dia tak boleh direct breastfeeding sebab bibir sumbing jadi kena guna botol bersudu atau puting khas.

Anak saya lambat sikit dapat tarikh pembedahan bagi membetulkan bibir disebabkan masalah berat tak mencukupi.

NURUL HAZWANI

“Doktor pun pernah pesan pada saya sebelum keluar wad supaya jangan layan atau jaga bayi macam tak normal.

“Lagi pun kelainan yang dialami itu boleh ‘dibaiki’ dan sekarang zaman canggih, pakar sudah ramai,” kongsinya lagi.

Cerita Nurul Hazwani lagi, pemakanannya semasa hamil juga seperti biasa iaitu mengamalkan makanan berkhasiat selain mengambil ubat-ubatan yang diberikan klinik kesihatan.

“Saya ambil makanan berkhasiat, ubat daripada klinik pun makan... cuma kadang-kadang ada masa terlupa makan.

Hadif kini berusia tiga tahun.

Hadif kini berusia tiga tahun.

“Doktor atau jururawat klinik kesihatan tak ada sarankan untuk tambahkan dos asid folik atau apa-apa supplement sebab sepanjang hamil memang tak ada masalah,” jelasnya.

Berkongsi perkembangan anaknya yang kini berusia tiga tahun, Nurul Hazwani berkata Muhammad Hadif masih dalam rawatan dan pemerhatian pakar walaupun kecacatan yang dialami sudah dibetulkan.

Ia disebabkan kanak-kanak yang alami sumbing cenderung untuk mengalami masalah berkaitan telinga dan hidung.

“Walaupun dah settle repair lip and palate, dia masih lagi dalam rawatan dan perhatian pakar terutamanya pakar plastik dan ENT (telinga, hidung, tekak).

Nurul Hazwani bersama suami dan dua anaknya.

Nurul Hazwani bersama suami dan dua anaknya.

“Disebabkan lelangit dia yang terbuka, air atau susu yang diminum akan pegi terus ke telinga dan hidung (selagi tak repair palate) seterusnya senang dapat jangkitan,” katanya.

Tambah Nurul Hazwani, Muhammad Hadif menjalani pembedahan bibir pada usia lapan bulan manakala lelangit kira-kira satu tahun kemudian.

“Sepatutnya bayi umur tiga bulan ke atas dah boleh start repair lip dengan syarat berat mesti enam kilogram ke atas.

“Anak saya lambat sikit dapat tarikh pembedahan bagi membetulkan bibir disebabkan masalah berat tak mencukupi selain perlu menunggu giliran,” imbaunya.

Menyedari ramai ibu bapa yang berasa sedih kerana anak mengalami sumbing, dia turut menasihatkan supaya mereka mencari sokongan moral daripada orang sekeliling.

Baginya, ibu bapa perlu sentiasa positif dan kuat semangat berikutan pada masa ini terdapat ramai doktor dan pakar dalam rawatan serta pembedahan berkaitan sumbing.

“Ingat satu perkara, semua yang jadi ada hikmah... Allah tak uji kita melebihi kemampuan kita, belajar untuk reda,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain