KEHILANGAN barang berharga yang mempunyai nostalgia tersendiri pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa sedih. Begitulah juga dengan wanita ini apabila cincin emas kesayangannya hilang. Namun kesedihannya itu bertukar gembira apabila suami tercinta berjanji untuk menggantikan cincin emas baharu. Ciapan asal yang dibuat Nuril Izzati berhubung hadiah yang dimenanginya. Malah ibarat rezekit terpijak, kedua-dua mereka yang sedang berbelanja di sebuah pusat beli belah ternama di Kuala Lumpur tiba-tiba menerima tiket cabutan bertuah selepas melakukan pembelian. Paling mengejutkan apabila mereka tiba-tiba diumumkan memenangi hadiah utama cabutan bertuah pada hari tersebut selepas membuat pemilihan di kotak yang disediakan. Bercerita lanjut mengenai kisah ini, Nuril Izzati berkata, dia dan suaminya ke pusat beli belah tersebut bagi membeli barang kemas selepas cincin emasnya hilang. ARTIKEL BERKAITAN: Wujud lelaki lain macam Hafiz Mahamad... Penjual ikan patin buat kejutan versi B40 untuk isteri, tak mewah tapi bermakna ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gaji RM5,000 dedah belanja bulanan... Terpaksa berhutang asalkan nafkah isteri RM800 tak pernah kurang "Pagi tadi (Sabtu) sedih sebab cincin emas hilang... kemudian suami pujuk dan baik hati nak belikan cincin baharu di KLCC," ciapnya ringkas. Menurutnya, dia dan suami menerima tiket cabutan bertuah selepas membuat pembelian. Apabila menebusnya dengan memilih kotak yang disediakan, tanpa disangka dia diumumkan sebagai pemenang cabutan utama pada hari tersebut yang berjumlah RM5,000. Suami ikhlas dan tak kedekut dengan isteri memang sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. WARGA MAYA "Kemudian dapat ticket lucky draw, Allah balas balik kemurahan rezeki suami saya. Terus dapat nilai lagi besar," tambahnya. Gembira dengan hadiah yang diterima, dia kemudian menyeru golongan suami supaya tidak kedekut dengan isteri. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya. Antara reaksi warga maya di ruangan komentar. Rata-ratanya berkongsi pengalaman mendapat rezeki yang tidak dijangka selepas melakukan kebaikan pada ahli keluarga terdekat mahupun rakan. "Sabtu lepas, bawa mak pergi beli barang dapur, suami ajak minum dan dia belanja walaupun dalam bank dah tak seberapa sebab baiki motosikal. Nak cerita rezeki ni, dia dibelanja McD dua set. "Macam tu saja Allah bayar tunai. "Semoga murah macam ni rezeki suamiku nanti. "Macam hari tu, rezeki sebab jaga mak," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang bersetuju dengan nasihat yang diberikannya bagi membolehkan rezeki para suami melimpah ruah. "Suami ikhlas dan tak kedekut dengan isteri memang sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. "Kepada suami rajin-rajin belanja isteri. "Betul jangan kedekut, ada lebih duit beli saja... bukan rugi pun, rezeki Allah yang bagi," ujar beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!