suria

12 tahun macam tak ada fungsi, suami insaf dan berubah tapi isteri dah tawar hati - “Hari Arafah aku doa dia dapat perempuan lain”

Gara-gara sikap intorvert suami, seorang wanita mengakui tawar hati dengan perkahwinannya. -Gambar hiasan

JIKA dilihat perkongsian segelintir individu di media sosial mengenai masalah rumah tangga, boleh dikatakan antara faktor terbesar yang mendorong kepada penceraian adalah disebabkan kes curang dan kewangan.

Namun berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Menerusi coretan luahannya, dia mendedahkan perkahwinannya dengan suami mulai pudar sehingga dia terdetik untuk mengakhiri hubungan yang dibina sejak 12 tahun lalu dek kerana pasangannya terlalu 'introvert'.

"Sejak kahwin, laki aku orangnya introvert. Aku je yang asyik bercerita, initiate nak buat apa-apa, buat-buat happy and all.

"Dari segala hal termasuk nak bersalin mana, kenapa, confinement lady, anak nak sekolah mana, bayar bulanan anak berapa, semua. Aku cari, aku decide.

introvert 2

Wanita tersebut penat kerana banyak memainkan peranan dalam urusan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Dari mulut dia hanya 'apa yang terbaik untuk aku'. Macam baikkan? In fact dulu aku pun rasa macam tu. Bila anak makin besar, aku macam tersedar.

"Selama ini aku penat sangat-sangat berseorangan, hantar anak sekolah, ambil anak, fikir nak bagi makan apa, nak hantar tuition mana dan kenapa, harga, berapa semua atas kepala aku," luahnya.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata itu, suaminya tidak pernah culas memberikan nafkah untuk menampung segala perbelanjaan yang diperlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami penyayang, lengkap kriteria idaman wanita... tapi kisah hitam menghantui, isteri masih trauma pernah dicurangi

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedap ‘makan luar’ tewas tengok air mata isteri, menyesal daftar akaun Litmatch - “Bukan senang tinggalkan semua ni”

Namun wanita tersebut menambah, sikap pasif suaminya itu makin membuatkan dirinya tawar hati.

"Semuanya berjalan atas dasar dia ayah, aku mak. Sibuk dan connect (berhubung) sebab anak-anak. So bila anak makin besar, nak connect apa sangat kan?

"Slowly dah tak connected. Macam dah tak hairan. Jauh dan tak hairan. Masuk tahun ke-12, aku rasa hambar dan mampu hidup seorang.

"So aku mulalah berbincang, aku dah tak nak dan silalah pergi. Dia tak nak. Minta cerai, tak nak juga dia bercerai. Dia cakap nak jadi macam yang aku nak," luah wanita tersebut.

Kerosakan telah berlaku... boleh perbaiki cuma perlukan masa dan usaha. Tapi semuanya akan kelihatan palsu pada mata si isteri.

NETIZEN

Katanya lagi, sejak dia berterus terang, suaminya menunjukkan perubahan sepenuhnya dan mula cuba mengambil alih peranan yang digalasnya selama ini.

"Aku ni dah hidup atas kaki sendiri selama 12 tahun. Tiba-tiba dia ada, dia care, rasa awkward sangat. Aku tak reti, rimas dan pelik.

"Tiba-tiba dia nak ada dalam group sekolah anak. Tiba-tiba dia sibuk tanya ada homework apa. Rimas dan aku tak rasa cinta. Rasa macam 'dulu aku menangis for help, dia tak pernah nak tolong'.

"Aku mengamuk depressed uruskan semua benda, mana dia? Sekarang aku dah tawar hati," luahnya.

Wanita tersebut berkata, dirinya kini sudah nekad untuk berpisah sehingga sampai satu tahap, dia meminta pandangan peguam untuk menuntut fasakh.

komen intorvert

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Untuk fasakh bukan senang-senang. In fact dia tak jahat. Cuma menyakitkan mata dan slow grower. Nak betulkan keadaan, aku tak rasa apa-apa dah.

"Masa hari Arafah, aku doa dia dapat perempuan lain je dan perkahwinan kami terhenti. Aku tak larat.

"Tolonglah jangan suruh aku berlapang dada dah ke apa. 12 tahun dah. Tolong..." akhirinya.

Luahan wanita tersebut dikongsikan oleh seorang individu di grup Facebook B40 Buat Perangan Apa Harini yang sehingga kini meraih 264 shares.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan seakan-akan dapat menyelami perasaan wanita tersebut yang 'kepenatan' dek sikap suami.

"Kalau aku jadi dia pun aku penat. Kesian kalau biarkan isteri terkontang-kanting sendiri.

"Kerosakan telah berlaku... boleh perbaiki cuma perlukan masa dan usaha. Tapi semuanya akan kelihatan palsu pada mata si isteri. Moga Tuhan beri jalan terbaik untuk mereka.

"Dalam hal ini tak boleh salahkan suami je. Sebenarnya kita ada silap juga. Isteri tunjuk mampu buat semua, suami pula kalau tak suruh, memang tak buat. Jadi, berkomunikasilah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain