BENAR kata orang ujian bagi pasangan bertunang juga tak kurang hebatnya tambahan pula melibatkan hati yang berbolak-balik. Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang sudah mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya tetapi kini semuanya hampir lebur. Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu mengatakan sikap tunangnya tiba-tiba berubah secara mendadak sehingga menyebabkan dia sangsi dengan bakal teman sehidup sematinya itu. Wanita pastinya mahukan pasangan yang mampu berkomunikasi dengan tenang. -Gambar hiasan Menurut wanita tersebut, tunangnya itu sejak kebelakangan ini mempunyai ego yang tinggi dan perbincangan dengannya akan sering berakhir dengan pergaduhan. "Lima bulan lagi kami nak sah jadi suami isteri tapi sejak akhir-akhir ini saya banyak bergaduh dengan tunang atas sebab benda yang remeh je. Tunang rasa macam dia seorang je nak menang. "Apabila bergaduh melalui telefon dan keadaan jadi tegang, dia akan matikan panggilan dan minta putus. Tapi apabila selepas tu dah berbaik, dia mula rancang balik untuk perkahwinan macam tak ada apa yang berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Suami ugut talak, mentua pula asyik label anak derhaka... Wanita stres kena ‘mental torture’, 14 tahun wajib ikut balik raya di Kedah ARTIKEL BERKAITAN: Baru 6 bulan bersalin, mengandung lagi! ‘Mental koyak’, wanita ini berkira-kira nak gugur tapi suami pula ugut talak "Semuanya sempurna waktu mood kami baik, tapi apabila kami bergaduh je dia akan terus keluar ayat minta putus tu. Saya sayang je lagi dekat dia tapi kadang terfikir, adakah kami sepatutnya berkahwin? "Adakah dia orang yang tepat untuk saya? Takut nanti apabila dah kahwin, gaduh je mulut dia ringan nak lafaz cerai pula," kata wanita itu cuba mencari kepastian dalam hubungannya. Wanita itu berkata dia pernah menegur tunangnya tentang sikap berkenaan tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi. Bahaya lelaki kalau tak jaga mulut sebab dia pegang kuasa talak. Boleh merana hidup dunia dan akhirat. WARGA MAYA "Pernah je cakap dengan dia, ini ujian tunang kita kena sabar. Belajar la cakap elok-elok dan sabar. Mula-mula dia terima dan jadi okay, lepas tu dia buat lagi. Buntu la," kata wanita itu kecewa. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyarankan wanita itu untuk menyelamatkan diri sebelum terlambat. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Hati-hati kalau dapat lelaki mulut macam ni, bahaya. Senang-senang je dia nak ceraikan kau. Ini akan jadi kes gila talak. "Lelaki yang matang tahu macam mana nak bercakap ketika berhadapan dengan masalah. Harus berfikiran dengan rasional walaupun tengah serabut. Fikir masak-masak tentang lelaki ni sebelum teruskan. "Bahaya kalau lelaki tak jaga mulut sebab dia pegang kuasa talak. Boleh merana hidup dunia dan akhirat. Boleh bawa berbincang tapi kalau dah bercakap dengan dinding fikir-fikirlah semula," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube