HANYA ada sepasang kasut buruk dan sebuah impian! Chrisy, 16, dari Sabah hanya mampu menahan air mata apabila dia diminta melupakan hasrat untuk bergelar pemain badminton kerana kemiskinan yang membelenggu keluarganya. Namun, harapan remaja dari Sook, Keningau itu kembali menyinar apabila kisah hidupnya mendapat perhatian aktivis kebajikan Adrian Edy pada minggu lalu. Chrisy meneruskan minatnya selama ini dengan sepasang kasut buruk sahaja. Bercerita kepada mStar, Edy berkata Chrisy hanya mempunyai satu raket badminton yang dibeli menggunakan wang bantuan persekolahan, kira-kira empat tahun lalu. "Saya dihubungi oleh jurulatih adik Chrisy di Facebook. Dia bercerita tentang remaja itu yang berbakat besar, namun keluarganya tak mampu untuk menampung minatnya dalam sukan badminton. "Chrisy merupakan wakil daerah untuk sukan badminton. Tahun ini juga dia akan menyertai acara sukan negeri. Tapi kasut yang dipakainya sudah rosak, koyak di bahagian kiri dan kanan. Air mata dia jatuh masa dapat baju. Chrisy terkejut bila nampak banyak hadiah, dia cakap dia tidak pernah dapat hadiah sebanyak ini. ADRIAN EDY "Dia hanya ada raket lama. Sekarang hanya pinjam raket kawan-kawan. Sampai satu tahap, ibunya hampir minta Chrisy berhenti main badminton sebab tak mampu nak beli peralatan sukan. Ayahnya hanya pembantu tukang masak, ibu hanya suri rumah," cerita Edy. Dalam pertemuan pada Khamis, Edy bukan sahaja menghadiahkan kasut serta raket, malah turut memberi pakaian kepada remaja berkenaan, sekali gus meniup semangatnya untuk meneruskan minat dalam bidang sukan. "Ketika jurulatihnya hubungi saya, dia minta sekiranya saya boleh beri sumbangan raket dan kasut. Jurulatih badminton Chrisy kata dia seorang pemain yang sangat berbakat, ada potensi untuk pergi jauh dalam sukan badminton. ARTIKEL BERKAITAN: Hebat walau pakai kasut getah RM9! Murid miskin punya bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT ARTIKEL BERKAITAN: Anak kecil takut ke tadika kena rentas titi usang! Pemuda ‘angkut geng’, jambatan 3 tahun rosak dibaiki dalam masa 4 jam "Jadi saya hadiahkan Chrisy raket baharu, kasut badminton, kasut joging, jersi, seluar, stokin dan beg untuk latihan. Chrisy cakap dia tidak pernah minta ibu dia belikan alatan badminton sebab mahal, dia faham keadaan keluarga dia, sebab tu sebelum ni dia banyak pinjam daripada kawan saja," cerita Edy lagi. Dalam pertemuan itu, Chrisy yang juga anak kedua daripada enam beradik turut mengalirkan air mata kerana tidak menyangka akan menerima kejutan daripada Edy. "Saya berjumpa dengannya ketika dia sedang mengikuti latihan. Chrisy tidak tahu saya akan datang, saya minta jurulatih rahsiakan dahulu. Mula-mula bagi raket tu dia gembira. Selepas saya bagi kasut, dia terus sebak. Chrisy berkata ini merupakan kali pertama dia menerima hadiah yang banyak. "Air mata dia jatuh masa dapat baju. Chrisy terkejut bila nampak banyak hadiah, dia cakap dia tidak pernah dapat hadiah sebanyak ini dan tidak sangka saya akan datang jumpa dengannya. "Asyik lap air mata, terharu katanya. Jurulatih dan rakan rakan yang lain pun sebak, ada yang tiba-tiba mengalir air mata," imbas Edy lagi. Edy turut berkongsi video pertemuannya dengan remaja itu menerusi laman TikTok sehingga meraih hampir setengah juta tontonan. Netizen turut menitipkan kata-kata semangat untuk Chrisy terus berjuang sehingga bergelar atlet negara. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu dan meninggalkan kata-kata semangat dengan harapan remaja itu mampu menjadi atlet badminton yang mampu mengharumkan nama negara suatu hari nanti. "Aku tengah bertugas ni bro. Orang tengok-tengok aku lap air mata. Ingat zaman dulu, susahnya orang tua besarkan kami adik-beradik. "Semoga berjaya ke pentas dunia ya adik. Bakatmu jangan disia-siakan. "Moga jadi pemain Malaysia satu hari nanti," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube