suria

Songlap duit pencen, tak bahagi harta ikut faraid! Anak saudara dedah makcik kini sakit misteri, saran kembalikan hak waris teraniaya

Harta dan kekayaan tidak lagi bermakna selepas kita meninggal dunia. -Gambar hiasan

CUTI sempena sambutan Aidiladha memberi peluang untuk rakyat negara ini menziarahi ahli keluarga, sahabat serta saudara-mara mereka.

Di laman Twitter, seorang individu meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi tentang kunjungan ke rumah ibu saudaranya, pada Jumaat.

Dakwa individu itu, ibu saudaranya yang kini menderita sakit misteri pernah menganiayai ahli keluarga berkaitan harta peninggalan arwah datuknya.

wag3

Harta peninggalan individu yang meninggal dunia perlu dibahagikan mengikut hukum dan undang-undang. -Gambar hiasan

"Semalam aku ziarah mak saudara belah ayah aku. Dia sakit misteri lama dah. Dah banyak tempat berubat.

"Semalam aku kata direct dekat anak sulung dia. Apa kata mak hang bagi balik harta yang mak hang 'songlap' lepas tok meninggal.

"Bahagi ikut faraid, kot-kot mak hang boleh sembuh," cerita individu itu sehingga meraih hampir 2,000 ulang kicau (retweet).

Bab faraid jangan buat main-main. Banyak dah aku tengok Allah bagi balasan kat dunia.

PELAYAR TWITTER

Dalam ciapan berlainan, dia mendakwa ibu saudaranya itu mengambil rumah, harta peninggalan serta kad bank yang menyalurkan wang pencen arwah.

Namun katanya, waris-waris yang teraniaya diberi rezeki mencukupi dan mampu menjalani kehidupan yang baik sehingga ke hari ini.

"Dia tak bagi faraid kat adik-adik dan waris abang-abang dia. Tok kami tu pesara kerajaan. Tapi tuhan maha adil.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mati isteri merana, terpaksa menyorok daripada rakan-rakan arwah... Rupanya semua datang tuntut hutang!

ARTIKEL BERKAITAN: Balu menangis gagal keluarkan wang KWSP suami... tunjuk surat nikah, sijil mati pun tak laku - “Senang cerita, masa hidup buat perancangan siap-siap”

"Tuhan bagi kat waris yang tak dapat faraid ni rezeki yang melimpah ruah. Kerja Alhamdulillah, kesihatan yang baik," ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut memberi pesanan kepada orang ramai agar tidak mengambil ringan bab pembahagian harta mengikut hukum Islam.

"Bab faraid jangan buat main-main. Banyak dah aku tengok Allah bagi balasan kat dunia. Tak payah tunggu balasan kat akhirat.

wang5

Dunia menjadi persinggahan manusia sebelum akhirat yang kekal abadi. -Gambar hiasan

"Allah bagi balasan 'kaw-kaw' (setimpal) kalau bab faraid ni. Dia punya kesan tu sampai anak menantu," ujarnya lagi.

Di ruangan balas, ramai netizen turut berkongsi kisah sama yang berlaku dalam kalangan kenalan serta keluarga mereka.

"Betul. Kawan ayah saya punya kes. Kakak dia ambil semua harta faraid. Beberapa bulan lepas tu, keluarga kakak dia kemalangan. Semua meninggal kecuali dia dengan anak bongsu dia je. Tapi dia pun dah lumpuh.

wang2

Waris perlu tahu hak mereka ke atas harta-harta peninggalan si mati. -Gambar hiasan

"Aku dah tengok dah arwah atok sedara aku meninggal seorang diri walaupun anak ramai berjaya harta banyak. Makan harta faraid punya fasal. Sekarang rumah dia yang besar dah jadi port dadah. Rumah sewa banyak-banyak runtuh tak ada orang duduk. Rumah batu kosong katanya berhantu. Kubur berlubang.

"Nenek tiri aku pun jenis bolot semua harta tokwan aku juga. Kemudian anak dia muntah bertahun-tahun tak sembuh. Merata hospital check memang tak ada penyakit apa-apa. Sampai sekarang pun kejap-kejap demam muntah-muntah. Benda ni jadi dari aku sekolah rendah sampailah sekarang aku hampir umur 30-an," demikian beberapa netizen berkongsi kisah masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain