AKSINYA tak ubah seperti yang dilihat dalam filem lagak ngeri, tapi usia baru setahun jagung. Tidak hairanlah tindakan itu jadi kebimbangan, kerana melibatkan kanak-kanak yang bermain di pintu masuk automatik di sebuah pasar raya yang sedang ditutup ketika operasi berakhir. Menerusi satu video yang tular, kelihatan salah seorang daripada mereka berulang-alik melalui bawah pintu automatik yang sedang bergerak ke bawah untuk menutup ruang masuk premis. Tindakan mereka dilihat bukan saja mengundang bahaya, malah boleh mengancam nyawa. Turut membangkitkan kemarahan netizen adalah, di mana ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu ketika aksi sedemikian dibuat di hadapan orang ramai? Orang awam di kawasan sekitar tidak mempedulikan aksi kanak-kanak yang membahayakan itu. Nampaknya banyak kes kanak-kanak tersepit yang dilaporkan sebelum ini tidak menimbulkan kesedaran dan tidak dijadikan pengajaran oleh ibu bapa yang membiarkan saja anak-anak mereka tanpa pengawasan. ARTIKEL BERKAITAN: "Sikit lagi nak kena gilis" - Kanak-kanak meluru depan kereta, nyaris tersembam cium jalan... netizen berang sikap cuai mak ayah ARTIKEL BERKAITAN: Budak berpeluh terkurung dalam mesin basuh kedai dobi! Wanita ini dari awal dah boleh agak sesuatu bakal terjadi "Nanti bomba datang sebab kepala tersangkut. "Mak bapa dia patut dikecam dan 'disekolahkan' semula. "Dah tahu anak jenis degil, jangan dibawa jalan-jalan. Mak bapa dia patut dikecam dan 'disekolahkan' semula. NETIZEN "Kelak apa-apa hal orang dalam (pihak pasar raya) jadi salah," demikian antara komen netizen. Disebabkan kenakalan kanak-kanak itu juga menyebabkan segelintir netizen mengharapkan ibu bapanya menyesali perbuatan mereka yang lalai dan tidak bertanggungjawab. Antara komen netizen. Lebih menghairankan, menerusi video berdurasi 21 saat itu, sama ada pihak pasar raya, orang awam mahupun ibu bapa kepada kanak-kanak itu langsung tidak menegur atau menghalang dua kanak-kanak itu bermain di pintu automatik. "Aku tunggu part budak ni terkepit. "Terkurung okay lagi. Takut saja terkepit di bawah tu, hancur badan oii. "Eh tak apa main la, biarkan anak-anak kau tu. Tiba-tiba motor rosak sangkut habis rosak terkeluar isi perut tu. "Sekali tersepit kepala, masa tu baru kau tahu tingginya langit," komen netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube