IBARAT hilang rasa malu dalam diri, topik yang sebelum ini menjadi tabu dalam masyarakat mula dibualkan secara terbuka. Situasi itu jelas dapat dilihat menerusi satu perkongsian yang memaparkan gelagat segelintir gadis tanpa segan silu bersembang perihal seks di laman sosial. Perkongsian asal dimuat naik di TikTok, memaparkan video secara rambang dengan kapsyen 'ingat girl, hidup ini keras... kalau tak boleh sampai tekak, jangan paksa'. Hantaran itu kemudian disusuli dengan komen-komen berbaur lucah daripada pengguna aplikasi media sosial tersebut yang rata-ratanya gadis atau masih remaja. Komen-komen yang ditinggalkan memberi gambaran mengenai perihal perbuatan seks oral dengan ada segelintir daripada mereka berkongsi 'kaedah' untuk melakukannya. Perkongsian yang dimuat naik semula di Twittter. "Memang tak paksa pun tapi tetap kena tekan kepala. Sakit rambut. "Dah sampai tekak, keluar air mata. "Salah teknik, boleh luruh maskara. "Kena tahu cara, baru tak rasa terpaksa," demikian antara komen tersebut. Menerusi carian di aplikasi TikTok, difahamkan video berkenaan sudah dipadam oleh pemilik akaun. ARTIKEL BERKAITAN: Murid naif terjebak ‘sexting’, pakwe Form 3 ajar sembang lucah - “Masuk sekolah menengah, tak tahulah apa nasibnya” ARTIKEL BERKAITAN: Dah left, tapi buat grup WhatsApp lain pula... wanita kecewa suami ketagih sembang XXX - “Macam mana nak didik isteri dan anak?” Namun, hantaran tersebut sempat dimuat naik semula oleh pengguna media sosial lain di laman Twitter. Ternyata hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Twitter yang melahirkan rasa kurang senang dengan gelagat segelintir gadis yang sangat memalukan. Su**al di mana-mana. Dekat TikTok tu bersepah perempuan buka aib sendiri. Yang dah kahwin pun sama. NETIZEN "Dasar betina jal***. Lepas itu konon terpaling T20. Otak kosong tak ada pendidikan tapi nak sama level budak lepasan universiti. "Su**al di mana-mana. Dekat TikTok tu bersepah perempuan buka aib sendiri. Yang dah kahwin pun sama. "Seram baca... perbuatan maksiat ditulis bagaikan ia satu trofi dalam kehidupan. "Gadis Malaysia perlahan-lahan ikut cara hidup barat. 10 tahun lalu mereka tak akan cakap begini depan budak lelaki pun," demikian antara komen netizen. Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. Sebagai peringatan bersama, perlakuan seperti berjenaka lucah adalah haram sama sekali dalam Islam. Malah budaya sebegini tidak seharusnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana perkataan-perkataan yang tidak senonoh pada umumnya adalah perkataan yang tercela. Perihal itu dihuraikan secara panjang lebar di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi topik hukum berjenaka lucah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube