suria

13 tahun kahwin, suami menganggur curang 5 kali! Jual kereta dibeli isteri, buat hutang sebelum lari dengan awek baru kenal 3 bulan

Suami Fika didakwa melarikan diri ke Semenanjung bersama gadis baru kenal selama tiga bulan.

LULUH hati seorang isteri setelah mengetahui suaminya dalam diam menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Kisah gelap dalam rumah tangganya itu bermula apabila dia memuat naik hebahan di Facebook bagi mencari suaminya yang tidak dapat dikesan dalam tempoh 24 jam.

Namun lain yang dicari, lain yang dijumpai! Pelayar bernama Fika ini mendapat tahu bahawa suaminya lari bersama seorang gadis, didakwa menaiki penerbangan dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur.

Menurut Fika yang sudah mendirikan rumah tangga selama lebih 13 tahun, ini merupakan kali kelima suaminya curang.

"Ya Allah hancur hatiku sebagai seorang isteri tengok suami bergambar bersama dengan perempuan ni. Saya 24 jam cari awak. Tak tidur dan tidak makan kerana risaukan awak.

Fika dan suami sudah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun. -Gambar hiasan

"Rupanya awak lari dengan perempuan lain pergi Kuala Lumpur bawa duit semua satu sen pun tak tinggalkan untuk isterimu," katanya.

Selain melarikan kesemua wang hasil titik peluh Fika, suaminya yang menganggur ini juga bertindak menjual kereta miliknya.

"Sampai awak jual kereta isterimu. Duit keringat isterimu selama ini semata-mata belikan awak kereta. Awak buat saya begini," tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Fika selama ini dia bekerja keras mencari wang dari pagi sampai ke malam untuk membantu suaminya yang menganggur.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih untuk curang selepas 20 tahun kahwin, miliki 8 orang anak... Pendakwah nasihat hati-hati bergaul takut berakhir malapetaka

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedap ‘makan luar’ tewas tengok air mata isteri, menyesal daftar akaun Litmatch - “Bukan senang tinggalkan semua ni”

"Ini apa awak buat dengan saya... Ya Allah. Selama ini kenangan pahit dan manis kita lalui bersama. Saya tahan bersama awak tapi begini awak buat dengan saya.

"Empat kali awak curang dengan saya. Saya masih terima awak sebagai suamiku lagi. Apa lagi kurangnya saya sama awak wahai suamiku. 'Sakit' awak letak semua ni dekat saya," jelasnya lagi.

Terkilan dengan apa yang dilakukan si suami, Fika meluahkan bahawa dia bersedia untuk menamatkan kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya.

Malah menurut cerita Fika, suaminya baru tiga bulan mengenali wanita tersebut berbanding dengan rumah tangga mereka yang telah dibina selama 13 tahun.

'Jual' nama isteri cakap saya yang nak pinjam duit rupa-rupanya awak berfoya-foya dengan perempuan lain.

FIKA

"Kalau ya pun awak tak mahu saya ke apa, jumpa saya elok-elok bincang secara baik bukan tergantung tak bertali macam ni.

"Suka hati awaklah janji lepaskan saya, ceraikan saya. Itu saja yang saya minta, suamiku. Awak tipu saya bulat-bulat selama ini.

"Awak lari bawa semua duit. Awak berhutang keliling pinggang dengan orang tanpa pengetahuan saya. 'Jual' nama isteri cakap saya yang nak pinjam duit rupa-rupanya awak berfoya-foya dengan perempuan lain," luahnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian Fika mengundang sebak netizen apabila ramai bersimpati dengan nasib dirinya yang dianiaya oleh suami sendiri.

Wanita ini tidak tahan lagi setelah dicurangi lebih empat kali sepanjang perkahwinan mereka. - Gambar hiasan

Rata-rata meluahkan kesedihan mereka dan terkesan dengan hantaran dibuat wanita ini.

"Curang empat kali. Ya Allah kuat betul hati memaafkan. Semoga tetap tabah sis.

"Kalau suami macam ni buat penat saja kita tunggu. Dah macam biawak hidup kena bela dia. Baik tinggal saja.

"Hidayah milik Allah. Bukan kita yang boleh ubah orang! Allah nak beritahu, jangan sayang suami lebih dari sayang tuhan," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain