suria

Kekok walau ayah sendiri! Sayu momen anak malu bersemuka bapa di mahkamah, bekas isteri selalu tunjuk foto elak ‘lupa wali’

Adra kelihatan sedikit janggal ketika berjumpa dengan bapa kandungnya.

JODOH, ajal dan rezeki semuanya rahsia Allah.

Walaupun setiap pasangan berkahwin mengimpikan kebahagiaan kekal selamanya, namun tiada siapa dapat menidakkan takdir Allah.

Begitulah yang terjadi kepada Asha Razak, 27, apabila dia memilih untuk berpisah dengan suami pada Mac 2021 dan membawa haluan masing-masing.

Bagaimanapun, Asha enggan mengulas mengenai punca penceraian ketika dihubungi mStar bagi mendapatkan penjelasan.

Walaupun penceraian berlaku sewaktu anaknya baru berusia lapan bulan, Asha tidak pernah menghalang hubungan si kecil itu dengan bapa kandungnya.

Asha kini sudah berkahwin kali kedua dengan pasangan, Muhammad Alif Ikhwan pada 3 Jun 2022 apabila lelaki itu menyatakan hasrat untuk menjaganya dan anak, selepas setahun bergelar ibu tunggal.

Kisah rumah tangganya ini dikongsikan di media sosialnya setelah selesai perbicaraan hadanah anak perempuannya, Adra yang kini berusia tiga tahun pada 26 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai selepas cekal jaga suami koma lebih 90 hari, wanita reda... mahu mulakan hidup baharu- “Harap Abi lebih sihat dan baik dijaga keluarga”

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai selepas suami pulih dari koma, wanita cepat temui pengganti... tenang dituduh kena tangkap basah - “Kalau betul tak buat grand macam ni”

Menurut Asha, dia tetap memberi ruang untuk Adra bertemu dengan bekas suami walaupun pada awalnya kanak-kanak itu sedikit segan dan janggal.

"Mahkamah memutuskan hak penjagaan anak berpihak kepada plantif (ibu). Allah izinkan dan kurniakan rezeki buat Adra berjumpa ayahnya.

"Sebelum ni hari-hari saya pesan nanti kakak (Adra) akan jumpa ayah kakak. Saya selalu tunjuk gambar supaya dia tak lupa pada wali dia.

Tangkap layar menunjukkan Adra sedikit kekok berjumpa bapa kandungnya.

"Saya dan suami (Alif) sebak tengok mereka berjumpa tadi. Adra kenal dan masih ingat pada ayahnya. Abi (panggilan Alif), kakak malu dengan ayah. Oh dia malu-malu sikit rupanya," katanya menerusi kapsyen di Instagram dan TikTok.

Video ini meraih lebih 5.8 juta jumlah tontonan di TikTok setelah dimuat naik Asha.

Saya selalu tunjuk gambar supaya dia tak lupa pada wali dia.

ASYA

Melihat momen Adra ketika berjumpa dengan bapanya ternyata mengundang sebak dan rasa sayu.

"Begitulah kami broken family. Bila jarang jumpa ayah rasa malu. Rasa tak kena saja bila jumpa. Sedihnya sayang.

"Kenapa aku sebak. Sedih nak menangis sampai sini.

Komen netizen di TikTok.

"Kalian ibu dan ayah yang baik. Boleh jadi contoh untuk yang lain. Berpisah tidak bermakna membenci dan berdendam," antara komen netizen.

Bagaimanapun, sebagai manusia kita boleh mengambil iktibar daripada perpisahan pasangan ini.

Dari sudut lain, Asha dan bekas suaminya menunjukkan bahawa walaupun berpisah, ia tidak bermakna kita perlu bermasam muka atau membenci antara satu sama lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain