LORONG kecemasan dikhaskan untuk kenderaan yang perlu tiba ke destinasi dengan kadar segera seperti ambulans dan pihak berkuasa. Manakala kenderaan persendirian dan orang awam ditegah sama sekali untuk menggunakan lorong kecemasan kerana boleh mengganggu operasi pada saat-saat genting. Bagaimanapun, baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan seorang lelaki selamba memandu keretanya melalui lorong kecemasan ketika lebuh raya sedang sesak dengan trafik dipercayai pada musim perayaan Aidiladha. Lelaki ini menerangkan tentang penggunaan lorong kecemasan yang dikecualikan. Namun begitu, belum sempat warga maya mengecam tindakan lelaki itu, tuan punya badan sendiri tampil dengan penjelasan yang membuatkan ramai terlopong. "Okay, kepada pengguna lebuh raya yang menuju ke utara, dari susur keluar Senai hingga ke susur masuk Kulai di Johor, laluan SmartLane dibuka dari pukul 11 pagi ke 6 petang. "Dalam waktu ni, lorong kecemasan ditukarkan kepada SmartLane, semua dibenarkan lalu, maksudnya highway yang pada asalnya hanya ada dua laluan kini akan jadi tiga laluan. ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan ‘melekat’ tak bergerak nak balik Kelantan, lelaki keluar kereta selongkar but... Tengah panas pun sanggup demi anak! ARTIKEL BERKAITAN: Lagak hero salah tempat! Penunggang superbike dikecam tak peka info trafik semasa, susahkan pengguna NKVE nak pergi kerja "Kita akan ada laluan SmartLane, lorong tengah dan lorong kanan. Ini untuk bantu kurangkan kesesakan pada waktu puncak. Boleh tengok papan tanda bila bermulanya SmartLane ni. "Apabila nampak papan tanda yang mengatakan pengaktifan SmartLane, kita boleh masuk ke lorong kecemasan untuk memandu seperti biasa," jelas lelaki itu melalui videonya. Semakan mStar ke laman sesawang Plus Malaysia Berhad (Plus) mendapati SmartLane dibuka di lima lokasi kritikal lebuh raya pada cuti perayaan Aidiladha yang lalu bagi melancarkan aliran trafik. Waktu guna SmartLane tiba-tiba ada motosikal lalu tepi kami tunjuk jari tengah. Dia ingat kami ni mengelat traffic jam agaknya. WARGA MAYA Pembukaan sementara lorong kecemasan itu dikuatkuasakan di tempat yang dijangka mempunyai kepadatan trafik yang tinggi dari 28 Jun hingga 2 Julai 2023. SmartLane diaktifkan di laluan di antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 - Arah Utara), Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 - Arah Utara), laluan Gua Tempurung - Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 - Arah Utara), laluan Slim River - Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 - Arah Utara) dan Kawasan Rehat & Rawat Rawang - Sungai Buaya (KM439.9 – KM435.5 - Arah Utara). Menurut Plus lagi, pengguna perlu masuk semula ke laluan utama apabila laluan SmartLane tamat dan pengguna dilarang untuk memandu di lorong kecemasan yang tidak diaktifkan dengan laluan SmartLane. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan mereka tidak tahu-menahu mengenai program SmartLane itu dan tercengang apabila ada kenderaan yang berani menggunakan lorong kecemasan. Konsep SmartLane di lebuh raya. -Foto Paul Tan's Automotive "Serius tak perasan langsung ada laluan SmartLane ni. Baru tahu rupanya dibolehkan guna lorong kecemasan pada tempat-tempat tertentu. "Saya hari tu dengan suami ada guna SmartLane, tiba-tiba ada lori ni masuk dan block kami punya laluan. Terpaling 'hero'. Suami kena turun terangkan dekat pemandu lori tu tentang SmartLane baru dia lepaskan. "Sama dengan saya, waktu guna SmartLane tiba-tiba ada motosikal lalu tepi kami tunjuk jari tengah. Marah betul dia, terus takut kami nak guna SmartLane. Dia ingat kami ni mengelat traffic jam agaknya. "Lebuh raya kena buat kempen besar-besaran untuk beritahu orang tentang SmartLane ni atau letak papan tanda yang lebih besar untuk maklumkan orang ramai tentangnya," kata sebilangan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube