SEBUAH video memaparkan momen bakal pengantin perempuan disarungkan cincin yang diadakan secara santai tular di media sosial. Mana tidaknya, adat sebelum mendirikan rumah tangga itu nampak begitu mudah apabila dilakukan hanya di sebuah kedai makan yang terletak di Puncak Alam, Selangor. Berlangsung dalam suasana relaks dan bersahaja, video perkongsian @aidadaud7 ini menunjukkan bagaimana seorang wanita dipanggil Kak Long merisik bagi pihak adik lelakinya sebelum bertindak menyarungkan cincin ke jari gadis itu. Tangkap layar video yang tular di TikTok. "Alhamdulillah, selesai tugasan Kak Long lamar bakal isteri untuk adik kita," tulisnya di ruangan kapsyen. Dalam video berdurasi 22 saat itu, dapat dilihat ibu dan bapa kepada gadis tersebut turut berada di meja makan dan duduk di sebelah Kak Long. Disebabkan upacara merisik berlangsung tanpa protokol, ibu kepada gadis berkenaan hampir menyarungkan cincin di jari anak perempuannya sendiri. Menyedari perkara itu, Kak Long segera mengambil alih 'tugas' menyarungkan cincin. ARTIKEL BERKAITAN: Kelam kabut ada rombongan merisik, majlis simple habis! Gadis tak mekap, pakai tudung tanpa pin... akui tangan kasar masa sarung cincin ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dirisik mengejut di kedai emas tapi wajah bakal mentua macam tak suka masa sarung cincin, boyfriend beri penjelasan! Kelihatan hubungan mereka begitu akrab dan mesra kerana masing-masing tidak kekok dalam pertemuan tersebut. Malah, gadis berkenaan juga nampak begitu gembira dan teruja sewaktu menghulurkan jari untuk disarungkan cincin merisik. Dalam pada itu, tindakan bakal kakak ipar gadis tersebut yang sempat memberi 'amaran' awal kepadanya menjadi perhatian ramai. "Kahwin elok-elok, kalau gaduh aku 'rembat' kau," ujar Kak Long bersahaja, dengan nada bergurau. Suka macam ni. Tak payah serabut-serabut. Simple saja. Lagi memudahkan. NETIZEN Semua yang berada di kedai makan itu ketawa mendengar gurauan itu dan 'amaran' itu bagai disambut baik oleh ibu bakal pengantin. Hantaran tersebut menjadi tular sehingga ditonton lebih 400,000 kali setelah dikongsikan. Malah, rata-rata netizen memuji hubungan erat dan kesederhanaan upacara merisik yang dipaparkan dalam video itu. "Suka macam ni. Tak payah serabut-serabut. Simple saja. Lagi memudahkan. Komen netizen pada video yang tular. "Macam ni lagi bagus tak banyak belanja tunang nak pakai, cuma itulah kita kadang tu ikut orang tua. "Gelak adik tu kelakar waktu nak sarung cincin. Bunyi excited (teruja) sangat. "Garangnya Kak Long. Tapi saya pun Kak Long juga," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube