suria

Lama pendam, gadis luah kemarahan terhadap ‘roommate selfish’ 6 hari sebelum tamat diploma - “Tengah study dia tutup lampu nak tengok movie”

Sikap toleransi dan saling memahami penting apabila tinggal sebumbung dengan rakan. -Gambar hiasan

"ROOMMATE aku tak ada common sense."

Situasi ini sering menjadi mimpi ngeri untuk mereka yang belajar di institut pengajian tinggi (IPT).

Sama ada di rumah sewa atau kolej kediaman pelajar, jika tersalah memilih rakan sebilik pastinya akan timbul bermacam-macam masalah.

Perkongsian asal di TikTok.

Namun masalah inilah yang dihadapi gadis ini sehingga fikirannya kusut gara-gara rakan sebilik yang dikatakan kurang empati dan bersikap penting diri.

Berkongsi kisah di TikTok, dia meluahkan ketidakpuasan hatinya yang sudah sekian lama terbuku.

"Jangan ajar aku tentang sabar apabila aku ada roommate yang macam ni. Mungkin dah terbiasa dengan suasana bising di sekolah asrama sampai terbawa masuk universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Panik roommate kena ‘rasuk’, rakan Cina terus pasang surah Yasin - “Dia fikir hantu Melayu masuk badan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tragedi mi segera tomyam dalam dorm asrama... Pemuda merana 3 hari, paha mulus melecur tersimbah air panas

"Bila aku nak tidur diaorang boleh borak dan gelak kuat-kuat. Lagi menjadi bila roommate aku bawa kawan dia masuk sekali bilik kami. Lepas tu pasang lagu kuat-kuat ibarat tiada hari esok," katanya.

Menurut gadis itu lagi, kesabarannya benar-benar diuji apabila rakan sebiliknya itu gemar menonton filem bersama kawan-kawan di dalam bilik mereka.

"Waktu musim peperiksaan, roommate aku ni bawa kawan-kawan dia masuk bilik untuk tengok movie. Lagi geram, aku tengah study dia boleh tutup lampu sebab nak buat aktiviti diaorang tu.

Tak aman zaman belajar aku kalau ada roommate macam ni.

WARGA MAYA

"Kawan roommate tu pernah offer untuk aku tidur di bilik dia sebab takut aku tak selesa mereka tengok movie di bilik ni. Memang tak nak la aku tukar, ini bilik aku.

"Aku pelik kenapa roommate aku tak pergi tengok movie dekat bilik kawan dia je, kenapa harus ke sini juga? Bising, aku tak boleh tidur sebab nak tunggu diaorang habiskan movie.

"Ada kadang tu aku kena tunggu diaorang tidur dulu baru aku boleh tidur," rungut gadis itu.

Gadis ini mendakwa rakan serumahnya juga mempunyai masalah menjaga kebersihan.

Tidak cukup sekadar mengganggu ketenteraman hidupnya, gadis itu juga mendakwa rakan sebiliknya itu juga 'gaga' dalam aspek menjaga kebersihan bilik.

"Dah la makanan biar sampai bersemut kadang tu. Penat rasa. Orang buat kita, kita doa je la untuk dia.

"Aku doa kifarah untuk mereka supaya mereka boleh faham rmacam mana untuk hidup dengan orang yang tak ada common sense.

"Pada diri sendiri, tabah okay, walaupun hati ni dah mati tapi sikit je lagi, enam hari lagi nak habis diploma," kata gadis itu menutup perkongsian.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa gerun memikirkan siapa bakal rakan sebilik mereka kelak.

"Ya Allah, jauhkanlah aku dari roommate yang begini. Tak aman zaman belajar aku kalau ada roommate macam ni.

"Zaman asrama sekolah boleh la nak ada vibes begini, tapi kalau dah diploma dan degree rasanya boleh jadi matang sikit kot

"Aku pernah bising sangat lagu yang rommate aku pasang, aku pergi hempas radio dia," sebahagian warga maya meninggalkan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain