SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan. Seorang pesara dikenali sebagai Jamal, 61, berat hati membuat keputusan untuk melepaskan seekor ikan kaloi yang dibelanya sejak 13 tahun lalu. Video ketika ikan kaloi itu dilepaskan ke sebuah tasik di Bandar Penawar, Johor oleh anak serta menantunya pada Selasa turut menjadi tular di media sosial. Anak dan menantu Jamal melepaskan ikan itu ke sebuah tasik pada Selasa. Ketika dihubungi mStar, Jamal yang turut popular dengan nama Badang dalam kalangan kenalannya berkata keputusan itu dibuat demi kehidupan haiwan berkenaan yang lebih baik. "13 tahun bela. Saya beli ketika ia kecil, saiznya sebesar ibu jari sahaja. Saya bela ikan kaloi seekor, tapi ada juga ikan vacuum. "Lama-kelamaan, akuarium makin kotor. Dengan banyak barangnya, jadi dah kurang terbela. Jadi saya cuba untuk lepaskan di sebuah tasik. Anak dan menantu saya yang pergi lepaskan. Orang rumah suruh ambil balik. Padahal sebelum ni dia suruh lepas. JAMAL/BADANG "Sepanjang jaga ikan kaloi tu, tak susah pun. Di tasik tu pula ramai orang joging, saya agak mesti ada orang bagi roti," ujarnya ketika dihubungi. Mengulas mengenai video tular itu di laman TikTok, Jamal berkata dia juga peka dengan komen-komen netizen yang sedih menonton video berkenaan. "Yang post video tu menantu saya. Ramai netizen sedih, tapi nak buat macam mana? Hari tu ada member nak, tapi dia jauh di Pasir Gudang. Susah nak bagi. Ikan tu pun berat lebih lima kilogram (kg). ARTIKEL BERKAITAN: Sayu tengok ikan kesayangan pening, menggelupur dalam akuarium sebelum mati - “Dulu mula bela saiz dua jari je” ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi ikan mas terapung... Wanita selamba isi air paip selepas tolong cuci akuarium bos, sudahnya semua temui ajal! "Saya pun sedih jugalah. Sebab selalu tengok ikan tu, selalu bagi makan. Sehari selepas ikan tu dilepaskan (Rabu) kami pergi tengok ikan kaloi tu dekat tasik, ia masih ada. Saya cuma risau ia dijala orang asing," ujarnya lagi. Tambah Jamal yang juga pesara majlis perbandaran, isterinya juga 'bising' selepas mendapat tahu ikan tersebut dilepaskan di tasik, namun dia nekad dengan keputusannya kali ini. "Orang rumah suruh ambil balik. Padahal sebelum ni dia suruh lepas. Tapi tak apalah, biarkan saja ia kat sana," ujarnya berseloroh. Jamal tidak risau melepaskan ikan belaannya memandangkan tasik ini sering menjadi tumpuan orang ramai beriadah. Di laman TikTok, ramai netizen turut meluahkan rasa sedih menonton video saat ikan kaloi itu dilepaskan ke tasik. "Dia bingung dia kat mana sekarang. Harap dia pandai cari makan. Sedihnya. "Tak dapat bayangkan esok pergi tengok balik nampak dia dah terapung. Mesti menyesal tak sudah. "Kesiannya dia seekor di situ, macam mana la dia agaknya dalam kat sana?" tulis beberapa netizen. Sehingga kini, video yang dikongsi oleh menantu Jamal meraih hampir sejuta tontonan di aplikasi TikTok. Video terbaharu yang dikongsi menantunya turut menunjukkan ikan itu timbul di permukaan air apabila mereka pergi melawat sehari selepas ia dilepaskan ke tasik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube