BERTAHUN-tahun menjadi mangsa gangguan seksual di media sosial, seorang jurufoto wanita akhirnya nekad membuat pendedahan terbuka bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku jenayah terbabit. Menerusi hantaran di Instagram, jurufoto wanita yang dikenali sebagai Acacia Diana mendedahkan dia diganggu oleh seorang lelaki bernama Safiq Rosli sejak lapan tahun lalu. "Hai semua. Saya sangat penat, geram dan malas untuk melayan orang bernama Safiq Rosli ini lagi (sopert99). Jika sesiapa mengenali dia dan keluarganya, mohon dapatkan bantuan untuk dia. "Dia mengganggu saya hingga ke United Kingdom (UK), ditangkap, dibebaskan sementara menunggu tarikh mahkamah, kemudian melarikan diri dari negara itu dan terlepas tarikh mahkamahnya. "Minggu ini dia kembali lagi mengganggu. Syfa Rosli dan Encik Rosli, jika anda berada di luar sana... tolong jaga ahli keluarga anda yang sakit ini. "Dan @pdrmsia_official tolong bantu. Dah bertahun. Penatlah," luahnya dalam hantaran di laman sosial tersebut. Lelaki berkenaan (dua dari kanan) pernah ditangkap oleh polis UK namun melarikan diri ketika menunggu tarikh pendakwaan di mahkamah. Acacia turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej yang dihantar lelaki tersebut kepadanya menerusi Direct Message (DM) di Instagram, sebagai bukti. Bahan bukti tersebut termasuklah gambar alat sulit lelaki berkenaan, video memaparkan dirinya sedang beronani serta perbualan berunsur lucah. Malah Acacia berkata, bukti-bukti gangguan lelaki berkenaan sudah dirangkumkan (compile) sejak 2016 untuk menyokong dakwaannya. Satu laporan polis juga pernah dibuat pada 2018 di sebuah balai polis di Shah Alam, namun gangguan lelaki berkenaan tidak pernah terhenti sehingga Rabu (semalam). ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar susah hati, dah 2 kali fotonya diguna tanpa izin! Dulu buat gangguan seksual, kali ni akaun palsu pula "Dia secara delusi percaya bahawa kami sedang menjalin hubungan cinta dan saya dikelilingi oleh individu yang berniat jahat. "Dia mencampuri semua yang saya lakukan, walaupun hantaran (posting), yang tidak berkaitan, sebagai tanda saya sedang berkomunikasi dengannya. Tahap khayalannya membimbangkan. "Saya telah melihat alat sulitnya terlalu banyak kali. Dia tidak sepatutnya dibiarkan wujud dalam masyarakat. Dia secara delusi percaya bahawa kami sedang menjalin hubungan cinta dan saya dikelilingi oleh individu yang berniat jahat. ACACIA DIANA JURUFOTO "Kepada @pdrmsia_official dan keluarga Rosli. Tangkap dia kerana melakukan gangguan seksual. Rujuk dia kepada pakar psikiatri dan dapatkan bantuan perubatan," katanya lagi. Hantaran yang dibuat pada Rabu mengundang perhatian warga maya termasuk Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Menerusi ruangan komen, Fahmi meminta jurufoto wanita tersebut menghantar bukti-bukti berkaitan untuk tindakan susulan. Tangkap layar (screenshot) daripada mesej yang dihantar lelaki berkenaan kepada Acacia Diana. Sementara itu, warga maya menzahirkan rasa simpati terhadapnya malah menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas. "Dia kena ditangkap segera. Bahaya! Apa yang obses tahap macam ni sekali. "Ya tuhan, tak boleh bayangkan bagaimana kamu melaluinya selama ini. Semoga diberi kekuatan! "Harap sangat pelaku masuk penjara. Ternyata seorang yang gila," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube