suria

Uncle tua tidur dalam kereta, abang polis siasat sebab curiga! Percakapannya, cara beri teguran buat ramai terkejut

Anggota polis ini menyantuni seorang warga emas tanpa rumah yang tidur di dalam kereta.

KETIKA kita merasakan diri sukar menanggung cabaran hidup, pasti ada insan yang lebih hebat diuji.

Seperti pengalaman anggota polis ini yang secara tidak sengaja bertemu seorang 'uncle' tua yang tidur di dalam kereta.

Melalui satu video yang dikongsi di TikTok, kelihatan anggota polis itu pada mulanya berasa curiga apabila melihat sebuah kereta diparkir dalam keadaan pintunya terbuka di sebuah kawasan sunyi pada waktu malam.

Paparan skrin perkongsian di TikTok.

Ketika anggota polis itu menghampiri kenderaan tersebut, dia mula bertanyakan beberapa soalan apabila menyedari terdapat seorang lelaki tua sedang keletihan di dalam kereta berkenaan.

"Uncle, okay ke tu? Maaf uncle, kami bukan nak ganggu uncle tidur tapi uncle rumah dekat mana? Memang tidur sini ke?" tanya anggota polis itu cuba memahami situasi 'uncle' tersebut yang memberitahu umurnya 64 tahun.

Menurut polis tersebut, terdetik rasa sedih melihat keadaan lelaki itu selain serba salah kerana bimbang teguran itu membuatkan dirinya berasa terganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lans koperal santuni pakcik jual surat khabar dalam gelap, ramai puji budi bahasa.. Siap teka asal usul - “Abang polis orang Kelantan ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mampu, kenapa buat anak baharu?” - Tak perlu rayu derma demi sara ramai zuriat, lebih baik rancang famili

Lelaki itu dengan nada suara yang lemah cuba menjawab pertanyaan abang polis.

"Bukan sepanjang masa tidur di sini, tapi sekarang rumah sewa tiada. Sebab itu tidur di sini (kereta) dulu sementara. Esok pagi bangun boleh terus pergi kerja.

"Saya kerja sebagai pemandu lori dan hantar barang. Sekarang okay je kerja," kata pakcik berkenaan.

Nampak sangat uncle tu tak berdaya tapi masih kuatkan diri untuk hidup.

WARGA MAYA

Anggota polis itu yang berasa sayu melihat keadaan pakcik itu kemudian memberikan nasihat supaya dia sentiasa menjaga diri.

"Pintu kereta ni kena tutup, sebab sini tempat gelap, saya risau jadi apa-apa. Saya nak pastikan uncle selamat. Saya mewakili pihak polis cuma bagi nasihat sebab kami sayang uncle.

"Nak tidur mana-mana tak ada masalah, cuma kena cari tempat yang selamat. Pintu kunci ya. Saya harap jangan ada yang fikir negatif terhadap kaum kerana kita semua manusia biasa. Kalau kita rasa diri kita susah, ada yang lagi susah.

"Uncle duduk di sini elok-elok ya, boleh uncle?" kata anggota polis itu dengan nada yang sopan tetapi tegas.

Pakcik ini menutup pintu keretanya selepas dinasihati untuk berbuat demikian.

"Okay boleh, boleh," kata pakcik itu tanda setuju dengan nasihat abang polis.

Sebelum berlalu pergi, anggota polis itu sempat menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.

"Saya bukan nak sedekah, tapi saya nak bagi hadiah dekat uncle. Ini saya ikhlas. Ambil ya, bagi tangan uncle saya nak letak. Ini untuk uncle nak beli apa-apa.

"Saya ikhlas nak bagi ni. Pergi la sambung tidur lepas ni. Pada permulaannya uncle tu segan, tapi saya tahu uncle sangat memerlukan," kata anggota polis itu yang berasa hiba dengan apa yang dilihatnya.

Sebahagian komen warga maya.

"Terima kasih ya, thank you," kata pakcik itu sambil matanya berkaca menahan sebak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengagumi semangat kental pakcik itu untuk meneruskan hidup, manakala polis tersebut pula dipuji kerana menunjukkan sikap dan imej yang baik.

"Nampak sangat uncle tu tak berdaya tapi masih kuatkan diri untuk hidup.

"Untuk anggota polis ni, saya sangat respect. Cara beliau bercakap sangat sopan santun, pemurah lagi pula tu. Semoga selamat dunia akhirat tuan.

"Suka ayat abang polis, bukan sedekah tapi hadiah, lebih sedap untuk didengari bagi pihak penerima.

"Seorang anggota polis yang sangat sempoi dan mesra masyarakat, ini contoh yang baik untuk badan penguatkuasa negara.

"Semoga Allah sentiasa lindungi dan rahmati semua anggota polis dalam negara ini," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain