suria

Penjaga biadab dalam grup WhatsApp! Tak cukup perli guru waktu malam, bagi pula arahan macam bos - “Pergi buka sekolah sendirilah”

Seorang penjaga menghantar mesej bahasa kasar dalam grup WhatsApp sekolah. -Gambar hiasan

GRUP WhatsApp sekolah kebiasaannya 'meriah' dengan pelbagai kemaskini guru mengenai perkembangan para pelajar.

Setiap ibu bapa pastinya mahu yang terbaik buat anak-anak terutama dalam aspek pembelajaran mereka.

Namun, ibu bapa perlulah mengetahui etika berkomunikasi di grup WhatsApp kelas atau sekolah, jangan sampai bertindak keterlaluan.

Menerusi satu tangkap layar mesej grup WhatsApp kelas, seorang penjaga dilihat bersikap angkuh ketika bertanyakan soalan kepada seorang guru

"Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya, buku tulisan BM1 dan BM2 tak ada kat anak saya. Cikgu ada ambil ke?

"Saya harap cikgu ada tangan nak balas pertanyaan saya ni," tulis penjaga berkenaan menerusi mesej yang dihantar pada waktu malam.

Mesej yang dihantar oleh seorang penjaga dalam grup WhatsApp.

Apabila sikapnya ditegur oleh penjaga lain, dia mempertahankan tindakannya dengan alasan setiap pertanyaannya sukar untuk dibalas guru kelas sebelum ini.

"Saya cakap macam ni ada sebab. Setiap kali pertanyaan saya, jarang sekali cikgu nak balas.

"Saya bukan nak bersikap kurang ajar atau apa. Bukan sekali dua saya bertanya dalam grup ni," katanya.

Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik di Facebook, ibu bapa lain tampil mengingatkan supaya menjaga menjaga adab dalam grup WhatsApp.

"Apa situasi sekali pun, adab kena jaga. Macam mana ilmu nak berkat kalau guru pun tak dihormati. Guru bukannya kerja 24 jam. Perlu ada waktu rehat juga.

"Kalau ikut rules, urusan kerja adalah pada waktu kerja sahaja. Tapi kadang-kadang cikgu layankan juga ibu bapa malam-malam.

"Inilah salah satu sebab kenapa anak-anak tak terima ilmu yang cikgu-cikgu ajar," demikian antara teguran ibu bapa dalam grup WhatsApp.

Ibu bapa lain memberi teguran.

Enggan terus bertikam lidah, penjaga berkenaan segera mengakhiri perbualannya namun sempat memberi amaran kepada guru kelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mohon keluar grup WhatsApp kelas arwah anak... ramai sebak baca mesej, tak dapat bayangkan perasaannya ketika taip mesej

ARTIKEL BERKAITAN: "Elok tak payah masuk kelas" - Cikgu 'sekolahkan' ibu terlebih sayangkan anak, minta update kerja sekolah dalam grup WhatsApp

"Baiklah, kalau rasa tanya macam tu salah. Saya malas nak panjang cerita kat sini.

"Nanti saya tak nak dengar anak saya kena marah atau kena denda sebab buku tak ada pada anak. Assalamualaikum," katanya yang memohon maaf atas perbuatannya.

Patutnya grup WhatsApp ni mute saja dan biar cikgu saja boleh WhatsApp untuk apa-apa pengumuman atau berkaitan hal sekolah.

NETIZEN

Sikap penjaga tersebut mendapat perhatian ramai termasuk guru yang juga aktivitis kebajikan masyarakat, Mohd Fadli Salleh yang turut terkejut dengan mesej berbaur sindiran itu.

"Fuh, kurang ajarnya bahasa WhatsApp dengan guru. Dah la WhatsApp malam-malam. Siap bagi sindiran bagi arahan macam bos lagi, 'Saya tak nak dengar anak saya kena marah atau kena denda'.

"Amboi, sombongnya kamu. Kamu ingat kamu siapa? Pergi buka sekolah sendiri, ajar anak sendirilah," tulisnya.

Antara komen netizen.

Mohd Fadli bagaimanapun mengakui terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga yang sememangnya mempunyai sikap biadab sebegitu.

Dalam pada itu, dia turut memuji tindakan ibu bapa lain yang menyebelahi guru berkenaan dengan berani menegur penjaga terbabit kerana mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

"Tahniah kepada ibu bapa lain yang back up guru tersebut," katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen yang terkejut dengan sikap biadab penjaga tersebut turut memberi pandangan.

"Patutnya grup WhatsApp ni mute saja dan biar cikgu saja boleh WhatsApp untuk apa-apa pengumuman atau berkaitan hal sekolah. Kadang-kadang ada segelintir ibu bapa yang terlalu berlebih dalam grup ni.

"Ni parent jenis apa ni? Ejaan pun macam budak-budak Twitter. Dah la tak ada adab, aduhai mak pak zaman ni.

"Sebab itu adab dan ilmu perlu seiring. Kadang yang berilmu belum tentu beradab, yang beradab sudah tentu berilmu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain