PERKAHWINAN wanita tempatan dengan jejaka dari negara seberang bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Namun kerap juga kita dengar kes wanita Malaysia hidup melarat di Indonesia selepas mengikut jejaka pilihan hati kembali ke negara asal mereka. Perkara itu diakui sendiri seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Srimuliani yang memberi amaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia agar berhati-hati jika mahu memilih jejaka dari negaranya untuk dijadikan suami. Perkongsian di Twitter. Menurutnya, penting untuk seseorang itu mengetahui secara menyeluruh tentang latar belakang pasangan terutamanya mereka yang berkerakyatan Indonesia. "Nasihat ini saya tujukan kepada wanita Malaysia yang mempunyai hasrat untuk mengahwini lelaki Indonesia. Mungkin bukan semua seperti ini, tetapi ini gambaran berdasarkan pengalaman saya. "Sepanjang saya bekerja di Perak, saya sudah berjumpa dan bercakap dengan lebih 30 orang lelaki Indonesia. Mereka datang ke Malaysia sebab keadaan ekonomi di negara kami yang teruk. ARTIKEL BERKAITAN: Rentas lautan demi halalkan kekasih! Anak Kelantan travel solo nikah gadis Indonesia - “Awak datang seorang, kami sambut berlapang dada” ARTIKEL BERKAITAN: Gempak! Cewek Indonesia buat ‘live painting’ majlis kahwin BFF - “Ni baru betul boleh kerja bawah tekanan” "Jadi saya nak tekankan di sini, kalau mahu berkahwin dengan lelaki Indonesia, pastikan tahu betul-betul tentang background keluarganya dan kampungnya. Jangan sampai menyesal apabila suami bawa kamu pulang ke rumah di sana. "Mungkin kamu cakap kamu boleh terima dia seadanya, tetapi ketahuilah bahawa miskin di Malaysia dan miskin di Indonesia itu lain sekali," jelas Srimuliani Tambahnya lagi, peluang pekerjaan di Indonesia adalah sangat tipis dan boleh dikatakan hampir mustahil lebih-lebih lagi jika keadaan ekonomi tidak stabil. Nanti tiba masanya untuk kamu melihat sendiri realiti di sana, ketika itu jangan kamu jadi setengah gila berkahwin dengan lelaki Indonesia. SRIMULIANI "Di Malaysia ni, kalau kamu cakap kamu miskin dan tak ada duit, kamu boleh saja pergi ke kedai makan dan buat kerja basuh pinggan, RM50 pasti sudah dalam tangan. "Saya sendiri selalu buat macam tu kalau terdesak, saya pergi ke restoran dan basuh pinggan dari pukul 12 tengah hari hingga pukul 9 malam. Terus dapat RM50. Antara mahu dan tak mahu sahaja. "Kalau kamu suka memilih kerja, mungkin kamu akan cakap Malaysia ni susah cari kerja. Tapi kalau di Indonesia, nak cari kerja tersangatlah sukar termasuklah kerja buruh atau kerja kasar sekalipun. "Saya pernah lalui semuanya, saya rajin dan saya cakap saya boleh buat apa sahaja demi untuk bekerja, tapi tetap tak dapat kerja kerana memang tak ada kerja. Itulah situasi kami di sana," ujar Srimuliani. Nasib seseorang itu bergantung kepada haluan hidup yang diambil. -Gambar hiasan Lantaran itu Srimuliani sekali lagi menegaskan untuk sentiasa berwaspada jika seseorang itu sedang berhubungan romantis dengan lelaki daripada Indonesia. "Ramai lelaki Indonesia di kilang saya kerja dulu, mereka berpacaran dengan wanita Malaysia. Setiap kali dapat gaji, mereka akan belikan kasut, beg tangan dan bermacam lagi untuk teman wanitanya. Duit pun mereka bagi. "Maka teman wanita itu akan lemah hatinya dan matanya dikaburi cinta. Tetapi itu hanya kebahagiaan sementara, adakah kamu akan gembira sehidup semati dengan lelaki Indonesia ini untuk jangka masa panjang? "Sedarlah gaji dia sebagai pekerja kilang hanya berapa dan gaji kamu pula berapa. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Nanti apabila tiba masanya untuk kamu melihat sendiri realiti di sana, ketika itu jangan kamu jadi setengah gila berkahwin dengan lelaki Indonesia," kata Srimuliani. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya bersetuju dengan apa yang didedahkan wanita terbabit. "Ayah saya orang Indonesia, Hati-hati dengan lelaki Madura. Tak semua tapi kebanyakan hensem and ayat manis. Kalau jumpa yang ikhlas bercinta Alhamdulillah. "Tapi kalau yang kena scam kahwin sebab nak kerakyatan, isteri dibawa balik ke kampung suami untuk hidup melarat, itu memang kesian," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube