BAGI mereka yang biasa ke pasar basah atau pasar raya, pasti akan perasan bahagian sayur-sayuran yang dipotong dan dicampur dalam bungkusan plastik. Kalau ada yang tertanya-tanya mengapa sayur berkenaan dibungkus sedemikian rupa, sebenarnya ia adalah barangan yang dikategorikan sebagai clearance. Di dalam bungkusan tersebut, ia adalah baki sayur yang masih elok selepas bahagian yang rosak dipotong dan dibuang. Sudah pastilah harganya lebih rendah berbanding sayur-sayuran yang masih segar dan bersusun cantik di rak. Sebagai pengguna, kita mestilah bijak berbelanja tambahan pula harga barangan mencatatkan peningkatan ketika ini. Mungkin ada yang akan memandang sebelah mata dan enggan membeli sayur-sayuran berkenaan kononnya akan jatuh standard atau sebagainya. Namun seorang wanita terpanggil untuk memberikan pendapatnya agar orang ramai tidak terlalu memilih. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bazar makin kreatif, jual tauhu cucuk sayur... Paling sempoi ada 2 potong timun dan sepotong lobak merah ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kayuh basikal hantar 3 anak ke sekolah jam 5.30 pagi... kemudian jual sayur RM1 di tepi jalan, untung sehari RM15 "Salah ke beli clearance stock? Tak salah selagi boleh makan. Beli barang branded pun awak malas masak, buang saja barang dalam peti tu. "Eh kita nak kita beli barang dari Jaya Grocer je, tak makan la barang clearance ni. Beri penampar baru tahu. Orang kalau pandai masak, beri barang clearance stock pun sedak blako (sedap belaka). "Dulu ada la orang ni dia sindir masa aku kecil, orang tak makan ikan selayang, beri makan kucing jer. Sekarang padan muka, ikan selayang pun RM16 sekilo," kongsi wanita bernama Suhasnida Ismail di Facebook. Tak salah beli barang clearance selagi boleh untuk dimakan. Zaman sekarang kena berjimat cermat. NETIZEN Dalam masa yang sama, wanita berkenaan sempat menasihatkan warga maya agar menjadi pengguna yang bijak dan tidak terlalu mengutamakan 'jenama' "Belilah ikut poket kita, tak salah, tak jatuh standard pun beli barang clearance, benda molek lagi beli jela. "Jangan duk buat selera kayangan, tapi tak sedar kita ni poket marhaen. Lepas tu orang nasihat marah, mulalah buat sentimen 'Oh kita tak layak ke nak makan yang jenama sikit, tak boleh ke, salah ke'. "Tak salah kalau ada duit, kepala keretapi pun boleh je beli. Masalah kita ni nak yang berjenama lepas tu salahkan orang lain belaka apabila mahal," kongsinya lagi Sehingga kini hantarannya meraih 539 shares selain dibanjiri komen netizen. Rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan. Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan malah mengakui menjadi antara pembeli barangan clearance stock. "Barang clearance stock kadang-kadang banyak yang cantik lagi... suka belek-belek. Kalau berkenan, ambil. Harga pun murah. "Saya pun suka, lagi-lagi kalau buah. Sebab banyak yang masih elok lagi... berbaloi! "Tak salah beli barang clearance selagi boleh untuk dimakan. Zaman sekarang kena berjimat cermat," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube