suria

Perempuan gaji RM1,500 sebulan ‘demand’ BF layan bak puteri... Asyik pandang rendah lelaki kerja biasa-biasa

Seseorang yang ikhlas menyayangi tidak akan memandang wang ringgit. -Gambar hiasan.

LUMRAH wanita pastinya mahukan layanan kelas pertama daripada kekasih hati mereka.

Lebih dikenali sebagai sindrom 'princess treatment' di media sosial, ia bermaksud wanita masa kini tidak lagi akan berkompromi dengan lelaki yang usahanya dalam hubungan seperti melepaskan batuk di tangga.

Namun begitu, daripada perspektif seseorang yang matang, perkara itu haruslah berpada-pada kerana sekiranya berlebihan pasti akan membebankan pasangan.

Seorang lelaki pastinya harus bersabar dalam menghadapi kerenah pasangannya. -Gambar hiasan Freepik

Demikianlah luahan seorang wanita prihatin melalui satu video di TikTok yang risau kerana standard diletakkan kaum Hawa pada masa sekarang dianggap melampau.

"Adik, ini bukan drama TV3 kau nak demand masa depan kau nanti macam-macam. Minta belajar berpijak di bumi yang nyata. Kita ni pun kerja basic je RM1,500.

"Tapi awak demand macam lelaki tu kerja RM4,500 sebulan. Awak ni banyak berangan ke langit sampai awak lupa nak turun balik ke tanah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘penasihat’ kaum isteri bab layan batin suami... kongsi teknik seks, kisah dalam kelambu! Ramai desak pihak berkuasa ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup kontraktor projek juta-juta musnah selepas kahwin dua, kekayaan hilang satu persatu! Dulu berjaya atas sokongan isteri pertama

"Mentang-mentang berangan tu percuma, awak pulun sungguh," kata wanita tersebut memberi nasihat dalam nada sindiran.

Menurut wanita itu lagi, seseorang itu haruslah menerima yang seadanya kerana realiti tidak selalunya indah.

"Hidup sekarang 'keras' wahai adik. Tolong kurangkan sikit princess syndrome tu. Jangan terbawa-bawa sangat sikap mata duitan.

Apabila dah kahwin, bukan poket tebal yang kau pandang tapi kerjasama dalam rumah tangga.

WARGA MAYA

"Dan tolong jangan pandang rendah orang kerja biasa-biasa. Sebab kadang tu kewangan mereka lagi kuat dari kita ni. Berhati-hati dengan apa yang awak katakan.

"Sebab mereka inilah yang ikhlas sayang dan sanggup jaga kita sepenuh hati. Ini pesanan saya daripada seorang kakak yang berlainan ibu ayah," kata wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dan mengatakan kekayaan bukanlah penjamin kebahagiaan.

Sebahagian komen warga maya.

"Apabila dah kahwin, bukan poket tebal yang kau pandang tapi kerjasama dalam rumah tangga. Yang paling penting adalah kerjasama antara pasangan dan bertolak ansur.

"Selalunya mereka yang ada princess syndrome ni mereka yang berumur 25 tahun ke bawah, sampai satu masa mereka akan sedar dunia ni 'keras'.

"Aku ada beberapa kenalan yang ada masalah princess syndrome ni, entah la rasa bila tengok diorang ni, macam tak bersyukur pun ada. Mesti ada je benda tak puas hati," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain