AKIBAT tidak mahu terlewat menghadiri majlis konvokesyen, graduan ini memakai jubah lengkap ketika menunaikan solat Subuh. Gelagat Aina Bariah Mohd Khalid, 26, dirakamkan oleh kakaknya, Nurul Aida Mohd Khalid, 31, yang terhibur melihat adiknya yang terlupa untuk menanggalkan topi mortar sewaktu beribadah, dalam kejadian 25 Julai lalu. Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Aina menceritakan semula kisah di sebalik video tular itu yang dirakam oleh kakaknya ketika mereka menyewa di inap desa di Kangar, Perlis. "Sesi konvokesyen saya bermula jam 7.30 pagi jadi kami pun menyewa homestay dekat Kangar. Perjalanan nak ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dari rumah sewa tu makan masa 45 minit. "Jadi pukul 6 pagi kami dah kena bertolak. Saya terpaksa bangun pukul 5 pagi sebab nak bersiap ambil masa satu jam dan kalau boleh saya nak sampai 30 minit awal. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tapi mak cakap tak bolehlah macam tu kena solat Subuh dulu barulah bertolak ke UUM. Saya pun bersetuju kena bersiap awal pagi tu," ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur. Akur dengan arahan si ibu, Aina merancang untuk memakai jubah konvokesyen lengkap beserta solekan sebelum menunaikan solat pagi tersebut. Memakai jubah sebagai pengganti telekung, dia seterusnya menunaikan solat sambil dirakam oleh kakaknya, Aida. Ketika solat, barulah graduan jurusan Sarjana Muda Perakaunan (kepujian) ini sedar bahawa dia tidak boleh sujud di sejadah gara-gara topinya yang sudah dipinkan pada tudung. "Lepas mandi, mekap, pakai jubah full set dan pin mortar board supaya tak jatuh barulah saya solat. Sebab nak cepat saya juga pakai stoking siap-siap sebelum solat. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UiTM sarung jubah graduasi di Annapurna, balik Malaysia terus pergi konvo - “Mencabar, tapi lagi susah nak habiskan pengajian” ARTIKEL BERKAITAN: Graduan gigi rongak gamatkan majlis konvo... Rupanya di sebalik senyuman ada kisah ngeri, 3 hari terlantar di hospital "Masa tu apa yang saya tahu cuma tak boleh sarung telekung sebab dah pakai mortar board, selebihnya 'otak tak boleh proses' yang dahi tak boleh kena lantai masa sujud sebab terhalang dengan topi. "Masa sujud barulah sedar eh dahi tak kena sejadah ni. Sebenarnya dua kali juga saya cuba nak sujud tapi risau mortar board rosak so saya 'mengalah'. Saya bangun dari sujud dan ketawa kecil sebab tersedar dengan kebodohan sendiri," ujarnya lagi. Pada ketika itulah, baru Aina sedar dirinya sedang dirakam dari jauh oleh kakaknya. Ahli keluarga Aina. Setelah kejadian lucu pada pagi tersebut, dia tanpa berlengah terus menyarungkan telekung seperti biasa sebelum meneruskan solat. Jelas Aina, setelah videonya dimuat naik oleh Aida di TikTok, terdapat beberapa komen yang mengecam dirinya kerana dianggap bermain-main ketika menunaikan solat. "Saya tak perasan pun kakak rakam dari jauh sebab saya rabun. Saya tak sangka pula video tu viral lepas dia muat naik di TikTok. Islam ni mudah jadi selagi baju tu lengkap menutup aurat dah boleh solat. AINA BARIAH "Ada yang cakap ini dikira permainkan solat ke? Penjelasan saya adalah semestinya tidak. Islam ni mudah jadi selagi baju tu lengkap menutup aurat dah boleh solat. "Cuma masa tu saya mengejar masa tapi tak terlintas fasal topi tu ganggu sujud sebab pertama kali pakai,' ujarnya yang tamat pengajian pada September 2022. Dalam pada itu, Aina turut mengambil peluang ini menitipkan pesanan buat orang ramai di luar sana susulan apa yang berlaku kepadanya. Tangkap layar menunjukkan Aina tersenyum bangga ketika menerima ijazah. "Untuk mereka yang bakal konvo sesi pagi belilah makanan ringan atau segera malam sebelum tu untuk alas perut sebab keluarga saya berlapar dari pagi sampai tengah hari. "Pastikan alert (peka) dengan dengan segala yang ada atas kepala sampailah ke kaki bila nak solat. "Akhir sekali, jangan ambil peduli dengan komen-komen berbaur kecaman tu sebab arwah bapa saya ada pesan jangan cakap kalau tak ada benda baik nak dicakapkan," ujarnya menutup kisah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube