suria

Berangan kahwin tema Melayu klasik, keluarga pengantin lelaki buat majlis di muzium... Makanan padu, keropok lekor ‘fresh’ uli depan tetamu

Pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan di Muzium Negeri Terengganu.

KEINDAHAN suasana perkahwinan yang berlangsung di Muzium Negeri Terengganu baru-baru ini mendapat pujian dan perhatian ramai.

Ia merupakan lokasi majlis bertandang yang dipilih pengantin lelaki Niyaz Mustaqim Mohd Zukepli, 31, dan keluarga untuk menyambutnya rombongan pengantin perempuan.

Bercerita kepada mStar, pengantin perempuan, Siti Majdiah Mohamad, 29, atau lebih senang disapa Siti menceritakan mengenai keindahan majlis itu yang diadakan pada 15 Julai lalu sebelum dia membuat perkongsian di media sosial baru-baru ini.

"Idea nak adakan majlis menyambut tetamu dekat muzium tu datangnya daripada umi dan abah (ibu bapa suami) sebab mereka anak jati Terengganu.

"Sebelum ni saya dan Mustaqim (suami) memang impi buat majlis bertemakan Melayu klasik, jadi muzium tu memang tempat paling sesuai dengan apa yang kami mahukan.

"Makanan, goodies, pelamin serta pakaian tetamu dan pengantin semuanya mengikut tema. Selain bertandang, kami juga lakukan majlis kesyukuran sekali gus," ujar Siti mengimbas kenangan hari bahagianya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur selamat nikah, pengantin belanja tetamu Starbucks... Rupanya dulu pernah kerja barista - “Ada yang pertama kali minum”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas seminggu kahwin baru tahu isteri ada 4 suami serentak, anggap nikah terdahulu terbubar sendiri... Peguam istighfar saksi depan mata

Bercerita lanjut mengenai majlis itu, Siti yang berasal dari Parit Buntar, Perak, berkata para tetamu yang hadir kelihatan begitu ceria menikmati setiap hidangan yang disediakan.

Memandangkan pemandangan dan landskap di muzium begitu indah, pengantin lelaki dan keluarganya secara keseluruhannya berpuas hati dengan tema yang dipilih.

"Majlis tu diadakan di luar bahagian bawah kawasan muzium tu. Dekat situ memang ada tempat untuk buat makan-makan.

Pasangan ini berpuas hati dengan majlis yang berlangsung pada 15 Julai lalu.

"Selain jamu tetamu makan kuih muih Melayu, kami juga tempah vendor keropok lekor. Mereka datang uli dan goreng keropok lekor 'on the spot' untuk tetamu makan.

"Untuk doorgift pula, tetamu yang datang diberikan kopi kampung untuk mereka bawa pulang. Kami tak ada buat acara lain pun memang fokus bagi tetamu makan saja untuk majlis tu," katanya lagi.

Melihat komen-komen yang diterima setelah video dimuat naik tular di TikTok, ramai rupanya pasangan yang mengimpikan untuk mengadakan majlis mereka di Muzium Negara Terengganu.

Mereka datang uli dan goreng keropok lekor 'on the spot' untuk tetamu makan.

SITI MAJDIAH

Menurut Siti, sebelum ini sememangnya sudah ramai pasangan mengadakan majlis perkahwinan di situ kerana lokasinya yang cantik.

"Saya bersyukur umi, abi dan keluarga sebelah lelaki mengatur majlis dengan teliti sampai majlis berjalan dengan lancar. Dari November 2022 lagi mereka sudah tempah secara terus di kaunter.

Sekitar majlis yang berlansung di Muzium Negeri Terengganu.

"Kadar sewa di bahagian luar muzium tu bagi saya memang berpatutan cuma RM1,500 termasuk sewaan kerusi dan meja. Ramai juga yang komen tertarik dengan pantun tu. Semua tu idea daripada pihak bridal pelamin bukan kami.

"Sejujurnya saya sendiri pun pertama kali datang muzium tu masa hari saya kahwin. Kalau tak kenal dengan suami, mungkin saya pun tak tahu boleh buat majlis dekat situ. Tapi kebanyakan orang di Terengganu memang tahu boleh buat majlis," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain