suria

Jarang-jarang berlaku bos minta maaf, pujuk staf jangan berhenti kerja... Lelaki ini sanggup koyak surat ‘resign’, tunduk mengaku salah

Aman mengoyak surat itu dan memujuk staf tersebut untuk terus berkhidmat dengannya.

TINDAKAN seorang majikan mengoyak surat peletakan jawatan pekerjanya mengundang perhatian ramai di laman Twitter.

Menerusi satu ciapan tular, Aman Jamadi yang juga pengusaha kedai komputer Itgeeks.my berkata ia merupakan kali pertama dia bertindak sedemikian.

"Sepanjang aku run business, ini pertama kali aku pujuk staf aku supaya tak resign. Aku tahu dia sayang company ni dan suka dengan kerja dia yang sekarang.

file7d4jlftf7r81efppicn1

Situasi di mana pekerja meletakkan jawatan merupakan satu lumrah biasa dalam alam pekerjaan. -Gambar hiasan Relaxnews.

"Tapi mungkin sebab dia baru je naik pangkat dan agak terkejut dengan pressure diberikan. Tambahan lagi, kurang dapat moral support daripada aku, dia tak dapat nak cope.

"Ramai je yang dah resign daripada company aku tapi kali ni aku tak mampu nak lepaskan. Sebab aku nampak ada potensi yang tinggi dalam diri dia... dalam company ni. Cuma kena bagi proper guidance," ujarnya.

Menurut Aman, dia mengakui kelemahan dirinya dan memohon maaf kepada pekerja itu kerana gagal menjadi seorang pemimpin yang baik.

Walaupun dah dikoyak, aku akan simpan baik baik... jadikan pengajaran untuk diri aku.

AMAN JAMADI

Keterbukaan Aman yang sanggup mengakui kesilapannya turut mengubah fikiran pekerja wanita itu, sekali gus menarik semula hasratnya untuk meletakkan jawatan.

"Aku rendahkan ego, acknowledge the problem and kesalahan daripada side aku. Aku minta maaf dan minta bagi peluang sekali lagi untuk jadi leader yang baik.

"Alhamdulillah beliau maafkan dan tarik balik surat resignation tu. Staf yang dedicated dengan job scope diberikan dan sentiasa nak improve dalam company ni, aku sanggup rendahkan ego, tunduk dan minta maaf untuk buat dia stay.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun guru menangis call suami setiap hari sebelum ke sekolah, stres tendang pintu sampai pecah... akhirnya letak jawatan hanya kerana anak dan bibik

"Tapi kalau dia kata dah tak minat dengan kerja dia atau nak dapatkan pengalaman baru. Aku terima resignation dia," ujarnya lagi.

Menurut Aman, kejadian itu turut memberi pengajaran kepadanya agar membuat persediaan rapi sebelum menaikkan pangkat seseorang pekerja.

Malah, Aman juga mahu menyimpan surat yang dikoyaknya itu untuk dijadikan sebagai pengajaran dan berharap ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Ada dua pengajaran yang aku dapat daripada kes ni. Pertama, kalau nak naik pangkat, kena buat training tiga hingga enam bulan dulu. Macam trainee.

aman2

Perkongsian Aman tentang pekerjanya itu meraih perhatian ramai di laman Twitter.

"Kedua, kena bagi moral support terutamanya kalau dia tu ialah key person company. Sebab kita je yang akan faham dia. Ada orang tanya, kenapa aku koyak resignation letter ni.

"Pertama, dia sedia maafkan aku dan setuju untuk berkhidmat dalam company aku. Kedua, dia setuju untuk aku koyak resignation letter tu. Walaupun dah dikoyak, aku akan simpan baik baik. Jadikan pengajaran untuk diri aku," ujarnya.

Kedai komputer milik Aman kini beroperasi di tiga lokasi berbeza di Bandar Baru Uda, Johor dan Shah Alam, Selangor.

Dia juga kini sedang menjalankan promosi laptop cleaning pada harga serendah RM9.90 sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain