SEORANG wanita yang tular kerana dikatakan 'menguji' teman lelakinya menerusi perbualan santai ketika menunggu di lorong pandu lalu restoran makanan segera McDonald's baru-baru ini, sekali lagi mengejutkan warga maya. Mana tidaknya, dia mendedahkan bahawa dua video yang dikongsikan sebelum ini adalah sebagai 'eksperimen sosial' bagi mengetahui reaksi warga maya. Menerusi video terkini yang dikongsi, dia turut meminta pelayar TikTok memahami konteks yang ingin disampaikannya. "Baca berulang kali dan diharapkan anda semua memahami apa yang saya ingin ketengahkan dan bukan sekadar fokus pada 'eksperimen sosial' sahaja," coretnya ringkas di ruangan kapsyen. Pasangan kekasih yang tular sebelum ini kerana video 'borak' santai. Menurutnya, ia berhubung kait dengan cara bagaimana masyarakat 'melabur' dalam kehidupan orang lain. Menjelaskan mengenai kesemua situasi yang berlaku itu, ujarnya, video pertama adalah perbualan normal antara pasangan kekasih. "Kami banyak berborak topik berat yang merangkumi usia (kami bukan muda lagi). Jadi sekali sekala borak topik petty, why not," luahnya. Katanya, punca dia kelihatan tenang dalam video tersebut adalah disebabkan itu merupakan cara bagaimana pasangannya memberi layanan selain mengakui berasa selesa ketika bersama. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cuba uji BF, tapi beri soalan makan diri! Sendiri tanya, sendiri sentap sebab pakwe jawab jujur... akak McD selamatkan keadaan! ARTIKEL BERKAITAN: ‘Couple viral’ dah putus, borak santai dalam kereta jadi punca! BF minta pulangkan hadiah, terkesan komen netizen Malah teman lelakinya itu merupakan pasangan terbaik kerana dia boleh berbual apa sahaja. "Saya minta persetujuan dia sebelum rekod dan muat naik di TikTok... dia okay dengan perkara itu sebab tahu saya suka edit video. "Saya percaya komunikasi sepatutnya merangkumi segala topik kerana pasangan sepatutnya membuatkan anda berasa selamat untuk berbual tentang apa sahaja tanpa rasa terhina," tambahnya. Disebabkan video tersebut menjadi tular, dia mengakui mendapat idea untuk tampil dengan senario baharu bagi mendapatkan reaksi masyarakat berhubung isu pasangan kekasih. Gadis ini meluahkan pandangan berhubung dua videonya yang tular baru-baru ini. "Yang ini 100 peratus mengejutkan kami, sokongan yang saya terima sebelum ini serta-merta beralih kepada pasangan saya yang kebanyakannya disebabkan barang dibeli untuk saya. "Lucunya, ada juga yang menawarkan diri untuk menjadi kekasih baharu pasangan saya. Ramai money-oriented dan saya faham kenapa," katanya. Susulan itu, dia kemudian membuat kesimpulan bahawa perkongsian masalah di media sosial hanya akan mencetuskan komen negatif. Baginya, adalah tidak baik untuk bersikap keras terhadap orang lain dan meninggalkan komen tanpa mengira apa kandungan yang dihasilkan oleh seseorang. Bagaimanapun, katanya, menyebarkan kebencian adalah perkara yang menyedihkan. Videonya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya memberi tanda suka selain berkongsi di platform lain. Ekoran daripada itu dia menutup ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube