suria

Pernikahan 3 anak perempuan tak sah! Bapa langgar rukun umrah, sentuh Kaabah masa tawaf... Paling sadis hanya sedar lepas 8 tahun

Individu yang berada dalam ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan ada dalam kalangan kita hanya menunjukkan rasa teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun tidak bersungguh-sungguh mendalami tujuan beribadah di sana.

Maka ada yang mengambil remeh dan tidak membuat persediaan sewajarnya, seperti tidak mengikuti kursus ibadah umrah kerana menganggapnya kurang penting.

Jangan tidak tahu, disebabkan sikap seperti ini, ramai yang berdepan masalah ketika berada di Tanah Suci.

Lebih ditakuti, kesalahan yang dilakukan tidak disedari sehingga pulang ke tanah air, sebagainya kisah yang dikongsikan oleh @rambutjelita di TikTok miliknya.

Menerusi videonya, wanita tersebut berkongsi kisah mengenai seorang bapa yang menyesal kerana hanya menyedari kesilapannya selepas lapan tahun mengerjakan ibadah umrah.

KAABAH 2

Bakal jemaah umrah atau haji disarankan membuat persiapan sewajarnya termasuk melengkapkan diri dengan ilmu sebelum berangkat ke Tanah Suci.

"Pakcik ni sebelum pergi haji pada 2018, dia ada pergi umrah tapi dia tak pergi kursus umrah. Tak pasti sama ada dia tiba-tiba nak pergi umrah tapi dia tak follow kursus.

"Apabila kita niat umrah, ada benda yang dilarang buat sewaktu umrah. Salah satunya waktu tawaf, dia pegang dinding Kaabah. Tiga kali dia pegang... sepatutnya dia kena ulang balik tawaf dia tapi dia tak tahu sebab dia tak pergi kursus.

"Patutnya dia kena bayar dam (denda) tapi disebabkan tidak tahu, dia tak ulang tawaf dan buat rukun yang seterusnya iaitu saie," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal la! Pengkid selamba tunai umrah pakai ihram, siap buat video latar belakang Kaabah... ramai marah sampai harap kena panah petir

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur! Dua mak nyah insaf dapat peluang tunai umrah, segak berihram... Seorang dah kahwin anak 2, jadi tauke nasi lemak

Menyangka ibadah umrahnya sempurna, jemaah berkenaan pulang ke Malaysia dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Dipendekkan cerita, jemaah berkenaan mendapat peluang untuk menjejakkan lagi ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada 2018.

"Apabila dia pergi kursus haji, baru dia tahu yang tak boleh sentuh dinding Kaabah sedangkan dia dah sentuh. Maksudnya waktu dia balik Malaysia dulu, dia tak settle lagi umrahnya dulu.

"Selama tempoh itu (belum selesai umrah), dia tak boleh mencabut bulu di badan kerana dia masih berada dalam larangan ketika dalam umrah.

"Yang paling dia menyesal sekali adalah, dia sudah menikahkan tiga orang anak perempuannya. Apabila pergi ke jabatan agama, (diberitahu) pernikahan anak-anaknya tidak sah dan cucunya tak sah taraf.

"Ibadah umrah sangat senang tapi bukan kita boleh ambil ringan. Jadi pastikan pergi kursus umrah dahulu sebelum ke sana," akhirinya.

Sebab itu kena pergi kursus umrah. Langgar pantang larang naya.

NETIZEN

Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama, perbuatan menyentuh Kaabah ketika tawaf tidak membatalkan tawaf dilakukan secara mutlak.

Namun jika seseorang itu meneruskan tawaf setelah menyentuh Kaabah atau seumpamanya tanpa kembali di posisi asal ketika sentuhan berlaku, maka pusingan tawaf itu sahaja yang tidak sah dan perlu diulangi.

Menurut hadis Riwayat Muslim, orang yang berada dalam ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin.

komen kaabah

Perkongsian kisah berkenaan mendapat perhatian warga maya.

Sehingga kini perkongsian wanita tersebut meraih lebih 501,000 jumlah tontonan di TikTok.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berkongsi hukum mengenai perkara berkenaan untuk panduan bersama.

"Salah satu sebab mengapa ilmu tersangat penting.

"Sebab itu kena pergi kursus umrah. Langgar pantang larang naya.

"Kesiannya... nampak macam simple tapi kesannya besar. Terima kasih, banyak pengajaran daripada perkongsian ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain