SESETENGAH individu memilih untuk merantau dan keluar dari kampung halaman bagi mencari rezeki kerana berpandangan bahawa ibu kota akan menjanjikan peluang serta kehidupan yang lebih baik. Tambahan pula wujud stigma dalam masyarakat yang melabel negeri tertentu sebagai mundur, maka sebahagian besar anak muda memilih untuk berhijrah asalkan dapat 'keluar' daripada situasi berkenaan. Namun setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Seorang wanita yang juga usahawan, Dila Mubarak tampil menulis coretan meluahkan betapa bangganya dia dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu, sebuah negeri di Pantai Timur yang turut menerima 'tempias' sebagai negeri mundur bagi sesetengah orang. Makanan yang enak dan pantai yang cantik merupakan antara tarikan di Terengganu. "Saya nak cerita sikit tentang Terengganu mundur ni yang sesetengah orang kata. Saya cerita daripada sisi saya sajalah. "Saya anak jati Terengganu, lahir, membesar, berkahwin, menetap dan berbisnes di Terengganu. Kenapa saya tak nak keluar dari Terengganu sedangkan kebanyakan orang niaga macam saya suka berhijrah ke Kuala Lumpur? "Pertamanya tentang Terengganu, Alhamdulillah negeri ni sangat cantik. Masih sejuk mata memandang. Orang luar masuk berkempen di Terengganu gula-gulakan tentang kemodenan, kemajuan segala bagai. "Tak berapa nak tembus sebabnya orang Terengganu rasa cukup dah dengan apa yang ada. Kerajaan negeri nak tambah apa yang lebih baik lagi tu. Kalau dulu, ya betul. Rakyat agak memberontak. Sekarang Alhamdulillah," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk tolong orang Terengganu, sambut birthday dengan anak yatim buat Ervan Rizuan insaf... sedar dirinya disayangi - “Warden tu cam suara saya” ARTIKEL BERKAITAN: Budak intern dari Terengganu ‘dibahan’ sebab naif, sanggup ulang alik KL- Shah Alam naik Grab - “Tak boleh expect dia tahu semua” Tambah wanita ini lagi, negeri tersebut sudah beransur-ansur berubah mengikut arus pemodenan seiring dengan peredaran zaman dan jauh berbeza daripada dahulu. "Kami nak ada mall, nak ada panggung wayang, nak ada macam negeri lain jadi kami tak payah pergi negeri lain semata-mata nak shopping baju branded sikit. Sekarang Alhamdulillah semua tu dah ada walaupun mall bukanlah macam Pavilion. "Panggung wayang pun ada. Yang menariknya batas tu kerajaan jaga. Tengah hari Jumaat mall apa semua tu tutup. Jadinya orang laki tak ada merewang waktu solat Jumaat. "Hiburan pula berasaskan kekeluargaan . Nak hiburan, nak riadah boleh, tapi ikut panduan. Sebab apa? Sebab tarbiyah daripada pimpinan," tulisnya lagi. Memang betul... tenang dan aman saja. Rasa nak pindah Terengganu pula. NETIZEN Bukan itu saja tambahnya, apa yang membuatkan Terengganu istimewa di matanya dan warga tempatan adalah kerana kecantikan alam semula jadi dan salah satu negeri yang dilabel syurga makanan. "Nak makan sedap-sedap marilah Terengganu. Sedap belaka. Makanan tradisional pun masih kekal ada. "Nak lepak-lepak tepi pantai, tu dia bandaraya persisir air pergilah nak lepak dekat mana. Sepanjang jalan ada pantai. Berhenti kereta tepi pantai gitu je. "Nak masuk pulau? Nak pusing satu Terengganu pergilah. Di sini kehidupan tak terkongkong sangat tak bebas sangat jadi kami suka membesarkan anak-anak kami dalam suasana begini. Santai. Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik di dunia. "Bangsa apapun yang ada kat sini Alhamdulillah aman damai je. Itulah apabila Islam memerintah. Ada panduan. Aman. Soalannya betul ke negeri ni mundur? Minta maaf ya jika ada terkasar bahasa terguris rasa. Jemputlah datang ke Terengganu," kongsinya lagi. Hantaran tersebut sehingga kini meraih 11,000 shares di Facebook, selain dibanjiri ribuan komen warga maya. Malah ada antara anak jati Terengganu yang sudah berhijrah ke negeri lain turut sependapat dan kagum dengan perubahan di negeri kelahiran mereka. Selain itu, warga negeri lain juga mengakui gemar bercuti di negeri berkenaan kerana terpikat dengan kecantikan dan ketenangan suasananya. Antara komen warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Kami memang suka sangat kalau dapat bercuti di Terengganu. Lain betul suasana dan feeling kat sana. Pantai Terengganu memang paling best setakat ni. "Saya orang luar datang Terengganu pun rasa tenang. Datang Kelantan pun rasa tenang dan barokah. Pertama kali datang dah jatuh cinta. "Memang betul... tenang dan aman saja. Rasa nak pindah Terengganu pula," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube