TOPIK mengenai tanggungjawab seorang lelaki terhadap isteri dan ibu bukanlah suatu isu yang baru dalam kalangan pasangan yang berumah tangga. Jika ditelusuri di media sosial, ada saja luahan yang dikongsikan warga maya mengenai masalah masing-masing. Sebagai seorang suami, layanan terhadap kedua-dua insan tersebut sememangnya perlu diberikan keutamaan dengan sewajarnya, dan dalam masa yang sama memastikan tiada pihak yang tersinggung. Namun tidak dapat dinafikan ada juga kes di mana seorang suami 'terlepas pandang' dengan terlalu mengutamakan ibu sendiri sehingga isteri pula terabai nafkahnya. Sebagaimana kisah seorang wanita ini, dia meluahkan rasa sedih kerana suaminya seakan-akan membelakangkan keluarga sendiri apabila bertindak menyerahkan hampir kesemua gaji bulanan kepada ibu mentuanya. Ada segelintir isteri makan hati dengan sikap suami yang mengabaikan nafkah terhadap mereka. -Gambar hiasan "Wajib ke suami bagi duit dekat mak dia. Kami ada lima orang anak, gaji RM1,500 tambah RM200 komisyen. Saya berniaga di pasar ikan, ayam segar. Keuntungan tu saya kena bahagi dengan suami. "Sebab suami bagi mak dia, rasa penat sangat. Ada ke ustaz boleh bagi ceramah sikit. Gaji lebih daripada cukup tapi rasa tak cukup. Sebab duit-duit kena bagi mak dan nenek dia. Serius saya tak reda. Saya penat sangat," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami ugut talak, mentua pula asyik label anak derhaka... Wanita stres kena ‘mental torture’, 14 tahun wajib ikut balik raya di Kedah ARTIKEL BERKAITAN: Susahnya hidup dapat suami belum ‘putus susu’! Semua ikut telunjuk mak walau dah lama kahwin, isteri tak boleh bersuara Tambah wanita tersebut, setiap bulan si suami hanya akan memberikannya wang sebanyak RM100 untuk keperluan diri. Disebabkan itu, dia terpaksa menyimpan keinginan untuk membeli barangan atau perhiasan sebagaimana wanita-wanita lain. "Saya juga teringin nak beli sesuatu. Saya tak ada emas, tak pernah merasa emas-emas sebab tak mampu. "Nak minta duit pun rasa susah. Sebab dia bagi duit dekat mak dia. Ke saya salah? Ke saya kena ikhlaskan?" luahnya lagi. Kepada jantan-jantan di luar sana, sebelum kahwin pastikan belajar sampai habis dulu bab nafkah ni. NETIZEN Luahan tersebut dikmuat naik di grup Kisah Rumah Tangga (KRT) yang kemudian dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, sehingga meraih 415 shares. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalahnya. "Sabar sis.... cuba slow talk dengan suami. Cerita dari hati ke hati. Moga urusan dipermudahkan. "Keutamaan suami ialah kepada isteri dan anak anak, lepastu baru kepada ibu bapa. Ini suami ** nama nya, guna duit isteri tanpa keredaan isteri Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan. "Duit isteri, duit isteri. Duit suami, duit isteri. Tak baik suami ambil duit isteri. Bertabahlah, ataupun duduk berbincang. "Kepada jantan-jantan di luar sana, sebelum kahwin pastikan belajar sampai habis dulu bab nafkah ni," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube