TINDAKAN seorang pekerja yang tidak amanah dalam melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah mengundang kecaman ramai. Menerusi perkongsian oleh La Aiba Natasha di TikTok, dia menunjukkan rakaman bagaimana seorang pekerja, dipercayai warga asing tidak amanah dalam menjalankan tugasnya apabila hanya menghumbankan sampah yang dipungut dari tong, di kawasan semak tepi tasik. Rakaman diambil sewaktu wanita yang baru selesai beriadah ini memberhentikan sebentar keretanya di tepi jalan, bertentangan dengan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Melihat tindakan pekerja pembersihan yang berbaju hijau itu, dia pada mulanya terdetik rasa kagum apabila melihat pekerja itu mengambil gambar 'sebelum dan selepas' sampah dibuang, barangkali sebagai bukti kepada ketua atau penyelianya bahawa dia telah melaksanakan tugasnya pada hari tersebut. "Mula-mula pujilah dia wah bagusnya tangkap gambar sebelum buang sampah. Tapi tiba-tiba dia tarik plastik (dari dalam tong sampah) tanpa ikat dan terus pergi campak dekat tepi tasik. Tangkap layar video tular. "Saya automatik membebel dalam kereta kenapa dia buat macam tu. Nak tegur tak berani. Nanti dia buat apa-apa pula kan. Kemudian saya rakam perbuatan pekerja ni," tulisnya di ruangan kapsyen. Bercerita dalam video yang tular, wanita ini menjelaskan sekali lagi dengan terperinci bagaimana cara pekerja itu curi tulang. "Dia tangkap gambar tong sampah 'sebelum' yang penuh dengan sampah. Dia ambil plastik dalam tong sampah tu dan buang dekat tasik tepi jalan. "Lepas tu dia letak plastik sampah baharu dan tangkap gambar 'selepas' (selesai tugas)," katanya dalam video. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar mayat lelaki separuh bogel ditemukan di tempat buang sampah ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ tegur kawan buang sampah, tangan berlubang ditikam! Selepas 5 hari, mata pensel terkeluar bersama nanah Dalam video sama, wanita ini kemudian menunjukkan keadaan kawasan berhampiran di mana dapat dilihat banyak sampah sarap hanya dilonggokkan di situ, bukan diikat rapi dan dibuang di tempat yang sepatutnya. Dia ternyata sangat terkejut melihat pelbagai jenis sampah memenuhi kawasan belukar di tepi tasik itu, berkemungkinan aktiviti ini sudah lama dilakukan pekerja. "Ha tengok! Tengok! Ya Allah memang dia buang kat bawah ni la selama ni, banyak gila wey plastik sampah dekat tepi tasik ni, macam kuala la "Kita dah buang sampah elok-elok dalam tong sampah, dapat kat pekerja ni, dia pula pergi cemarkan alam sekitar," katanya lagi. Nasib baik awak nampak. Kalau tak, memang tak ada orang tahu. NETIZEN Hantaran tersebut nyata mengundang kecaman netizen yang melabelkan pekerja terbabit sebagai tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, rata-ratanya warganet memuji tindakan wanita ini yang merakam dan menyebarkan video itu. "Tahniah, anda salah seorang rakyat yang tahu menggunakan media sosial untuk kebaikan bersama. Komen netizen di TikTok. "Nasib baik awak nampak. Kalau tak, memang tak ada orang tahu. "Kita perlukan netizen macam ni. Good job! "Aku paling bengang orang buat kerja macam ni. Terima kasih dedahkan perkara macam ni," antara komen netizen di TikTok. Dalam perkembangan terkini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengarahkan kerja pembersihan semula dilakukan di kawasan berkenaan, dan ia dijalankan dengan segera oleh pihak kontraktor pada hari kejadian. "MBJB turut mengeluarkan surat amaran kepada kontraktor terbabit dan mengarahkan pihaknya menandatangani Surat Aku Janji bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang," katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu pekerja syarikat kontraktor yang terlibat juga sudah dipecat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube