suria

Ikhlas tolong orang buat resume, wanita rayu jangan bayar lebih... Cukup bagi RM10, yang penting dapat kerja

Servis menyediakan resume kini semakin berleluasa dengan kadar tertentu. -Gambar hiasan The Star

KESUKARAN mendapatkan pekerjaan tetap dan mengikut kelayakan mendorong sesetengah individu menceburkan diri dalam bidang perniagaan selain memperkenalkan pelbagai perkhidmatan.

Melayari media sosial, pelbagai jenis perkhidmatan ditawarkan sehingga ada yang dilihat tidak masuk akal seperti servis membuat resume.

Meskipun ada yang menyatakan perkhidmatan itu boleh dilakukan sesiapa sahaja namun hakikatnya, tidak semua mampu menghasilkan resume yang baik sehingga berjaya mendapatkan pekerjaan.

Perkongsian yang dibuat Nurul di halaman TikTok.

Perkongsian yang dibuat Nurul di halaman TikTok.

Seperti yang dilakukan wanita ini, dia menyediakan perkhidmatan menghasilkan resume untuk mereka yang mencari kerja terutama sekali graduan baharu.

Menerusi perkongsian di halaman TikTok Resume By Nurul, dia memaklumkan harga bagi servis yang ditawarkan adalah serendah RM10.

Malah katanya, tiada bayaran lebih akan dikenakan jika seseorang itu memerlukan resume dalam kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Driver Grab tak sia-siakan kepintarannya! Tayang resume dalam kereta, penumpang kagum bukan calang-calang lulusan

ARTIKEL BERKAITAN: Resume viral di Twitter, siswa UiTM tak menang tangan pilih tawaran kerja... Mahu bantu keluarga selepas ayah hidap kanser darah

"Tolong, RM10 saja... jangan bagi lebih," tulisnya di kapsyen.

Tambahnya, bayaran tersebut sudah memadai kerana tujuan dia menawarkan perkhidmatan tersebut adalah untuk membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Perkongsiannya itu dibuat kerana terdapat pelanggan yang memberikan bayaran lebih kepadanya atas usaha yang telah dilakukan.

Servis resume macam ni sangat membantu waktu saya temuduga jawatan dalam kerajaan... Alhamdulillah dapat kerja tu.

WARGA MAYA

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi, salah seorang pelanggannya mengakui penyedia perkhidmatan lain akan mengenakan upah sehingga RM200 apabila meminta resume disiapkan dalam kadar segera.

"Tak apa awak, sebab awak dah tolong saya... sebab yang lain semua kalau nak cepat dia ambil RM200," luah pelanggannya itu.

Melihatkan pengakuan tersebut, Nurul kemudiannya meluahkan rasa terkejut kerana harga yang dinyatakan itu terlalu mahal.

Warga maya meluahkan harga yang pernah dibayar untuk perkhidmatan yang sama.

Warga maya meluahkan harga yang pernah dibayar untuk perkhidmatan yang sama.

Perkongsiannya itu, menjadi tular dan mendapat perhatian warga maya.

Mana tidaknya, dia menyatakan bayaran yang diambil adalah sama meskipun pelanggan mahukannya segera.

Rata-ratanya menyatakan bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan tersebut adalah murah.

"Pernah buat tapi orang tu ambil harga dekat RM100... nak atau tidak, kena buat juga sebab nak cari kerja.

"Saya pernah sampai RM50 dia charge.

"Saya buat RM40... bagi ayat ringkas, nanti dia tambah. Memang puas hati sebab ada resume dan CV (curriculum vitae) sekali," kongsi beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang memujinya kerana menawarkan perkhidmatan dengan harga murah selain berniat untuk membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan.

Malah kebanyakannya menyatakan servis seumpama itu membantu mereka yang perlu menghadiri temuduga jawatan dalam perkhidmatan awam.

"Servis resume macam ni sangat membantu waktu saya temuduga jawatan dalam kerajaan, siap dengan surat iringan untuk jawatan tu lagi dia buat. Alhamdulillah dapat kerja tu.

"Bagusnya dia... sesetengah orang ambil kesempatan.

"Buat kerja untuk cari rezeki dan reda Allah ni, terbaik anak muda," ujar beberapa lagi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain