suria

Tak baik ‘game’ budak! Murid berubah wajah buka kotak ayam goreng McD, penganjur cuma letak roti dan air... Rupanya dah 2 kali tertipu

Kotak tertera 'ayam goreng McD' hanya berisi roti dan air kotak.

INDAH rupa dari khabar!

Begitulah ungkapan yang mungkin sesuai digunakan bagi menggambarkan situasi di mana pelajar di sebuah sekolah menerima kotak tertera perkataan 'ayam goreng McD' namun isi sebenarnya adalah makanan lain.

Bayangkan, wajah riang kanak-kanak tersebut bertukar kecewa apabila membuka kotak 'ayam goreng' dan mendapati isinya adalah roti ban krim dan air kotak.

Perkara itu diceritakan oleh seorang guru, Abdul Muiez Mohammad Ruslee menerusi satu hantaran di Facebooknya, selepas diceritakan oleh seorang penjaga.

"Saya dihubungi oleh seorang penjaga yang mana anaknya terlibat dalam satu program peringkat negeri yang dianjurkan oleh satu jabatan.

"Mula-mula pandang kotak, bukan main riang anak dan kawan-kawannya. Sekali buka, terus berubah muka. Begitulah harapan yang dicapati" tulisnya pada hantaran tersebut.

kotak 2

Tangkap layar perbualan antara Abdul Muiez dan penjaga berkenaan.

Abdul Muiez turut berkongsi tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama penjaga berkenaan yang menceritakan mengenai situasi yang berlaku.

"Cuma tak dapat bayangkan jika ada salah seorang daripada kanak-kanak itu yang berharap itu adalah McD sebenar. Harap penganjur lebih prihatin, terima kasih.

"Dia (anak) cerita ada seorang budak tu tadi, berubah betul muka bila buka kotak tu, yang sebelum ini dia nampak amat gembira. Jangan bagi harapan palsu kepada kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri sumbangan barang dapur, tersentak 4 beradik yatim tanya mi segera perisa ayam - “Memasak pun terpaksa tumpang rumah jiran”

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar RM2 dapat nasi putih, seketul ayam goreng saiz ibu jari! Netizen sedih tengok menu kantin sekolah - “Tak sampai hati hidang macam tu”

"Harap penganjur ambil iktibar... sebak bila anak cerita pasal kawan dia tadi," demikian tulis penjaga tersebut, sebagaimana paparan perbualan di aplikasi berkenaan.

Tambahnya, menurut kata penjaga berkenaan, pelajar turut diberi bungkusan makanan ketika waktu sarapan pagi, yang di luarnya tertera logo McD namun isi dalamnya juga roti dan air kotak.

"Bukan tengah hari saja. Ini sarapan. Agaknya apa yang ada dalam ni? Burger? Tak. Menurut penjaga tu, roti dan air kotak," tulisnya lagi.

Takkan benak sangat tak boleh fikir apa perasaan budak-budak kalau kena tipu macam ni.

NETIZEN

Menurut Abdul Muiez, dia cuba menghubungi pihak yang berkenaan sekadar untuk memaklumkan tentang luahan penjaga tersebut, namun tidak mendapat jawapan.

"Saya dah mesej PIC (person in charge) seperti yang ada dalam surat jabatan. Tapi hanya 'bluetick'.

"Alang-alang pegawai pejabat menteri pun dah call, kita teruskan je la. Apa yang berlaku lepas ni, saya hadap," tulis guru berkenaan.

Hantaran guru berkenaan meraih 1,700 shares di Facebook selain turut dibanjiri ribuan komen netizen.

Rata-ratanya menyifatkan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana seakan-akan memberi harapan palsu kepada kanak-kanak.

komen kotak

Komen netizen yang mengecam pihak penganjur program.

"Budak-budak kalau dia terasa dan dia cakap sesuatu (baca doa) kepada 'pemberi', Allah dengar dan mudah nak makbul. Sebab mereka tiada dosa. Takut didoakan keburukan buat si pemberi.

"Ya Allah, pemikiran luar kotak betul. Siapa yang incharge bahagian makanan, packaging semua ni? Takkan benak sangat tak boleh fikir apa perasaan budak-budak kalau kena tipu macam ni.

"Kalau tak nak bagi makanan segera McD, tak payah bagi langsung... letak je dekat bekas biasa.

"Banyak kali kes budak-budak diperlekehkan begini. Kasihan," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain