APABILA menginap di hotel, pastinya keselesaan menjadi keutamaan. Namun, seorang pemuda berdepan pengalaman berbeza sebaik mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, dia memberitahu bilik hotel tersebut tidak dilengkapi perabot seperti meja dan almari pakaian atau sekurang-kurangnya tempat penyangkut baju. Bilik hotel tanpa sebarang perabot kecuali katil. Malah apa yang lebih mengejutkan, dia perlu membayar untuk mendapatkan selimut yang tebal. “Mereka bagi katil dengan bantal je. Kalau nak selimut kena sewa RM5. Kalau nak selimut yang nipis macam ni, percuma. “Tapi ada satu je percuma. Yang lain tak ada, habis. Aku OK la, tilam macam ni OK. Bantal satu OK. Tandas pun OK. “Cuma selimut tu yang aku hairan, nak lebih kena bayar RM5 untuk sewa. Kena sewa asing,” luahnya sambil menunjukkan dua katil single dan sebuah TV di dalam bilik tersebut. Hanya satu selimut nipis yang disediakan secara percuma. Menerusi rakaman berdurasi satu minit dan 10 saat itu, dia turut menunjukkan tempat penyangkut baju digantung pada wayar TV yang dipasang dekat dinding. “Memang tak ada meja, tak ada apa. Bagi aku OK, tak ada tak apa sebab harga kat sini satu malam RM30 sahaja... bilik macam ni kan. “Tapi selimut weh... selimut nak kena sewa sini pula,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri dicekup khalwat di hotel bajet! Rancangan ‘honeymoon’ ke Paris disabotaj ‘makcik puaka’ tauke kedai makan ARTIKEL BERKAITAN: Percutian 5 sekeluarga di Semporna diselubungi misteri, lembaga ‘berambut panjang’ cuba mengelak di koridor hotel bajet... apa sebenarnya berlaku? Menurut peniaga makanan itu lagi, dia menginap di sebuah hotel di Manjung, Perak kerana terlibat dalam satu acara yang diadakan di kawasan itu. “Aku ada kat sini lebih kurang 10 hari. Kat bilik inilah, aku duduk. Selimut nak kena sewa. “Aku duk fikir ni nak sewa ke tak? Nak sewa ke tak selimut tu? Tempat menggantung tuala atau pakaian pada wayar TV. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan keadaan bilik hotel bajet itu termasuk selimut yang dikenakan caj, bersesuaian dengan harga bermalam yang sangat murah. “Aduh, bilik dah dapat RM30. Sewa RM5 lagi berkira. Nak selesa bayar terus bilik RM200. “RM30 padan, patut dah kena sewa selimut. Sebab lepas pelanggan check out (daftar keluar), mereka nak tampung kos dobi cuci selimut. Patut dah kena sewa selimut sebab lepas pelanggan check out mereka nak tampung kos dobi cuci selimut. NETIZEN “OK lah tu daripada tak ada tempat tidur,” demikian antara komen netizen. Menerusi video berasingan, pemuda kemudian mendedahkan sesuatu yang tidak disangka-sangka sebaik mengadu mengenai keadaan bilik kepada pekerja hotel tersebut. Antara komen netizen. “Aku jumpa dengan staf hotel. Aku tanya kenapa hotel ni macam teruk sangat, selimut tak ada, meja tak ada, penyangkut baju gantung macam tu je (pada wayar TV). “Staf tu beritahu hotel ni akan ditutup. Rupa-rupanya aku adalah pelanggan yang terakhir. Aku check out (daftar keluar) je hotel ni ditutup terus,” jelasnya. Seperti yang diberitahu, katanya, hotel itu akan ditamatkan operasi dan bangunan tersebut akan diubah suai dan dijadikan sebagai kawasan sarang burung. “Hotel ni akan ditutup terus, depa nak buat sarang burung kat hotel ni. Patutlah jadi macam ni. Sepatutnya selimut ada kot,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube