KURANG beberapa inci sahaja, seorang pemuda terselamat daripada tercedera akibat tusukan wau bersaiz kira-kira enam kaki yang mendarat di bahagian depan cermin keretanya. Ketika dihubungi mStar, Haiqal Hakimi Yusri berkata kejadian berlaku ketika dia mahu bersantai di Pantai Kuala Pak Amat dekat Pantai Sabak di Kota Bharu, Kelantan pada petang Jumaat. Ujar jejaka berusia 24 tahun itu, dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan melainkan kerosakan pada cermin kereta. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Lokasi kejadian tu tak jauh dari rumah, sekitar 20 minit perjalanan. Dekat situ memang tempat orang melepak. "Saya pun pergi sana nak healing sambil tengok matahari terbenam. Orang memancing pun ramai dekat situ. Masa tu saya dalam kereta lagi sebab baru sampai tak sempat turun kereta. "Tiba-tiba ada satu wau sangat-sangat besar bersaiz enam kaki tercucuk di cermin depan kereta saya dari atas. Cermin depan ni sudah ada tinted tapi masih boleh tembus sebab bahagian depan wau tu agak tajam," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Eksperimen bisnes tiga pelajar IPT di kampung mereka menjadi! Jual pisang goreng cheese, laptop ‘wajib’ ada di gerai ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi asam garam 2 tahun belajar secara online, siswa akui gangguan Internet cabaran terbesar! Kini Gen Z lega... Bajet 2022 macam-macam ada Ujar Haiqal lagi walaupun terkesan dengan insiden itu, dia berasa lega kerana wau tersebut tidak mencederakan orang awam lain. Haiqal juga menambah bahawa dia bersyukur kerana wau tradisional tersebut tidak mencederakannya kerana dihalang oleh stereng kereta Honda Jazz miliknya. Susulan kejadian, anak sulung daripada lima adik beradik itu memberitahu pemilik wau tersebut tampil meminta maaf serta menawarkan diri untuk membayar ganti rugi. Keadaan kereta setelah kejadian. "Pemilik naikkan wau tu tapi dia biarkan saja dekat atas (melayang) tanpa dipantau. Jadi bila angin tak ada, wau tu pun jatuh dekat kereta saya. "Mujur tersangkut dekat stereng kereta. Kalau tak ada apa-apa yang menghalang depan kereta masa tu memang kena dekat dada atau muka saya. "Nasib baik juga tak kena kereta depan saya yang ada famili bawa bayi dalam tu. Haiqal merupakan anak sulung daripada lima adik beradik. "Dia ada datang minta maaf dekat saya. Dia cakap nak bayar ganti rugi lebih kurang RM500 walaupun tak cukup. Nak minta lebih tak sampai hati sebab dia kerja ambil upah panjat pokok kelapa saja," jelasnya lagi. Menurut Haiqal yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu lagi, dia masih terkejut dan mengalami trauma sehingga kini. "Saya memang takut dengan apa berlaku. Sampai sekarang saya speechless (tergamam). Dalam kereta memang penuh dengan kaca sebab belum bersihkan apa-apa lagi. Saya tak bersedia nak cuci kenderaan tu sebab masih trauma setiap kali tengok kereta. HAIQAL HAKIMI "Saya pergi kerja pun naik motor untuk sementara waktu ni. Saya tak bersedia nak cuci kenderaan tu sebab masih trauma setiap kali tengok kereta. "Lepas apa yang jadi ni memang timbul rasa keinsafan dalam diri sebab terfikir kalau 'sampai masa' terkena wau tu, memang saya mati dengan cara tu," katanya lagi. Perkongsian Haiqal di TikTok tentang insiden itu meraih hampir 200,000 jumlah tontonan. Haiqal akui masih trauma dengan kejadian menimpa. Bagaimanapun, Haiqal yang mengusahakan perniagaan pisang goreng cheese dikenali sebagai PishangKing di Pengkalan Chepa, dia tidak menyangka terdapat beberapa individu mengecamnya berkutan video tular. "Ramai yang salah anggap cakap kenapa saya letak kereta dekat kawasan tu. Sebenarnya betul dah tempat saya parkir tu. "Cuma tali wau tu kan panjang, jadi ia (wau) boleh jatuh dekat mana-mana je. Tapi saya okey saja dengan komen-komen macam tu," tegasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube