SETIAP orang pasti mempunyai cara tersendiri untuk berbakti semula kepada masyarakat. Ada banyak cara boleh dilakukan untuk tujuan ini tetapi yang sering dilakukan adalah memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan ada juga yang suka 'memborong' jualan peniaga yang dijumpai secara rawak. Sebagaimana dilakukan seorang TikToker, Rui Meilo atau Rui Mei, dia membeli semua aiskrim yang dijual peniaga di R&R Bagan Ajam, Seberang Perai di Pulau Pinang. Rui Mei membelanjakan 50 aiskrim percuma kepada orang ramai. Namun, apa yang menyentuh perasaan dalam video yang dimuat naik apabila peniaga memaklumkan aiskrim percuma akan diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). "Ini kalau OKU (beli) kita bagi percuma," jawab lelaki tersebut kepada Rui Mei merujuk kepada notis ditampal pada peti aiskrim. Menurut peniaga tersebut, idea untuk memberikan aiskrim percuma ini tercetus disebabkan dia sendiri memiliki anak OKU. "Saya mempunyai seorang anak OKU. Dia sakit terlantar. ARTIKEL BERKAITAN: “Makan apa je RM5?” - Pak guard nak tapau dinner guna sekeping ‘wang hijau’, terus ceria ada pemuda belanja lauk ayam ARTIKEL BERKAITAN: “Belanja aku RM18, lauk dia baru RM5” - Pemuda ‘musykil’ tengok penjaga kebun suka bayar orang makan, dapat jawapan selepas cuba tiru amalannya "Saya seorang saja bekerja tapi isteri tak. Gaji saya dapat sikit jadi kena cari duit lebih," ujar lelaki itu lagi. Bagaimanapun, menurut peniaga berkenaan, anak istimewa tersebut telah meninggal dunia namun tidak dinyatakan tarikh kematiannya. Dia dan isteri kini memiliki seorang anak yang baru lahir. Seperti yang dinyatakan dalam video, Rui membeli 50 jenis aiskrim yang mana setiap satu berharga RM3 hingga RM4 dan kemudiannya diagihkan kepada orang ramai yang berada di kawasan tersebut. Bergetar suara seorang bapa bila sebut tentang anak syurganya NETIZEN "Abang ada loceng? Kita bunyi loceng sama-sama biar orang tahu ada free aiskrim," katanya. Sebaik disedari orang awam, kelihatan mereka mula menghampiri peniaga tersebut termasuklah kanak-kanak yang teruja untuk mengambilnya. Apabila selesai mengagih kesemua 50 aiskrim, Rui mei membayar sejumlah RM170 setelah dikira oleh isteri peniaga. Rata-rata warganet memuji lelaki tersebut yang dianggap sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Komen netizen pada video tular. Semakan mStar di ruangan komen juga mendapati bahawa lelaki juga berusaha mencari rezeki sehingga malam hari. "Pergi Bagan Ajam mesti beli. Gigih abang ni cari rezeki, kadang sampai malam dia masih menjual. "Saya sangat hormat lelaki yang sanggup buat kerja lebih dari satu untuk keluarga. "Bergetar suara seorang bapa bila sebut tentang anak syurganya," ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube