suria

Dasar laki penyondol ‘pakej’ pengkhianat! Rakan sedang derita kanser diajaknya si isteri kahwin, beri alasan dia ‘tak boleh berjalan’

Kehadiran orang ketiga menjadi salah satu penyebab keruntuhan sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan

UJIAN bagi pasangan yang berumah tangga sememangnya datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dari segi kewangan, orang ketiga mahupun keluarga.

Lazimnya kita mendengar kisah di mana golongan lelaki yang sudah bergelar suami orang cenderung diganggu oleh wanita bujang.

Namun jangan disangka wanita yang sudah berkahwin juga tidak terlepas berdepan dengan ujian sedemikian.

Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang wanita menceritakan kisah rumah tangganya yang diuji dengan kehadiran orang ketiga yang cuba menggugat kesetiaannya terhadap si suami.

"Saya dah berkahwin dengan seorang husband yang sangat baik di mana dia adalah sahabat baik saya. Kami mengenali satu sama lain hampir 10 tahun dan berkahwin dua tahun.

"Tahun lepas, suami saya diuji dengan kanser Ewing Sarcoma, stage 4. Kami melaluinya bersama setiap rawatan dan satu hari, tumor sudah merebak ke bahagian spinal (T7) dan suami saya tak boleh berjalan sebab dah menekan saraf tunjang.

"Namun semuanya lancar sebab suami saya ada buat fisioterapi dan beberapa rawatan," kongsi wanita yang tidak mendedahkan identiti itu.

kanser 2

Tangkap layar daripada perkongsian wanita berkenaan.

Sehinggalah pada satu hari, ketika suaminya diuji, dia turut diuji dengan kehadiran seorang lelaki yang cuba mengambil kesempatan atas situasi yang dihadapi untuk meruntuhkan rumah tangganya.

Apa yang paling mengejutkan, lelaki tersebut adalah rakan kepada suaminya sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sakit kanser sedia untuk ‘pergi’, suami asyik hilang tengah malam! Luluh dapat tahu penyondol itu adik kandung sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Salahkan takdir jadi ‘penyondol’ tunang orang, wanita mengaku lemah dipujuk lelaki - “Pasti ramai anggap saya sundal”

"Dia ajak saya berkahwin. Alasan dia sebab suami saya tak boleh berjalan," kongsinya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan memilih untuk menolak mentah-mentah pelawaan lelaki tersebut kerana cinta dan kesetiaan yang dicurahkan untuk suaminya.

Baca ni rasa nak tumbuk je si kawan suami tu, dah lah mengganggu marriage orang. Continue harassing pulak tu.

NETIZEN

"Saya memang tak nak dan sekat dia di semua media sosial. Tapi dia masih boleh contact saya guna nombor telefon baru dia. Sekarang saya buat keputusan untuk tukar nombor telefon saya.

"Tapi dia tetap berusaha cari kawan-kawan saya untuk dapatkan nombor saya. Sampai ke hari ini, saya tak beritahu suami. Saya takut.

"Saya tak nak dia sedih walaupun saya akan tetap bersama dia. Moga Allah lindungi kami dan dipermudahkan urusan kami. Buat suamiku,semoga dikurniakan syifa' dan aafiyah buatmu," luahnya lagi.

Perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @twtsecretsmy itu sehingga kini meraih 1,370 ulang kicau.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita berkenaan kerana memilih untuk setia dengan suaminya meskipun tidak sesempurna seperti sebelum ini.

kanser komen

Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan.

"Syurga buatmu sang isteri, semoga dipermudahkan urusan buat pasangan tersebut.

"Baca ni rasa nak tumbuk je si kawan suami tu, dah lah mengganggu marriage orang. Continue harassing pulak tu. Tak faham betul. Semoga berbahagia puan dan suami hingga ke syurga.

"Buat report polis je kalau gangguan berterusan. Sejenis ban**** isteri member pun nak sapu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain