HASRAT seorang wanita untuk menjamu selera di sebuah kedai viral tiba-tiba terbantut apabila premis tersebut 'banjir' secara tiba-tiba. Menerusi video tular di aplikasi TikTok, kelihatan air laut tiba-tiba masuk ke kedai itu, menyebabkan pelanggan terpaksa bangun dan berhenti makan. Malah, sebilangan pelanggan termasuk golongan kanak-kanak dilihat menyinsing seluar dan kain ketika air mula memasuki bahagian dalam ruangan kedai berkenaan. Ramai pelanggan menjamu selera di kedai itu. "Teruja mula-mula sampai kedai viral. Tengah makan, sekali air naik dah. Masing-masing angkat meja lari. Betul-betul pengalaman tak boleh lupa. Air laut naik masa tengah makan," tulis Iken Nordin di TikTok. Bercakap kepada mStar, Iken berkata dia berkunjung ke kedai yang terletak di Kuala Kedah itu pada pagi Sabtu. "Kedai itu jual gulai ikan termenung (ikan kembong). Itu kali pertama saya ke kedai itu. Sebab tu saya terkejut tiba-tiba air naik. Air naik laju. Masa kejadian tu tak sempat habis makan. Saya bungkus bawa balik je. IKEN NORDIN "Masa saya makan tu, mula-mula sikit je air mengalir. Tiba-tiba air naik mendadak. Bila air naik tinggi, semua pakat lari. "Tak adalah sampai paras betis, air tu naik sampai atas sikit buku lali je," ujar wanita dari Ipoh, Perak itu. Iken turut berkongsi video kejadian melucukan itu menerusi aplikasi TiKTok sehingga meraih hampir 15,000 tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak cemas terperangkap banjir di tempat kerja, bapa janji cari jalan datang jemput! Misi berjaya walau diuji kereta tersangkut di longkang ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kali ini memang tinggi” - Banjir dah paras dada, pemuda tenang makan nasi walau ‘ribut di jiwa’ fikir barang rumah Di sebalik rasa terkejut, Iken berkata dia teruja menyaksikan fenomena berkenaan yang dikatakan sudah biasa dihadapi penduduk kawasan tersebut. "Mereka kata memang biasa kejadian ni kat sana. Saya je yang pertama kali, sebab tu terkejut. Sebenarnya banjir sebab air pasang. Orang sana kata air akan naik sampai kawasan tepi. "Bagi orang Kuala Kedah, itu perkara biasa. Orang yang tak pernah tengok benda macam ni memang akan terkejut la. Masa kejadian tu tak sempat habis makan. Saya bungkus bawa balik je," ujarnya. Video yang dikongsi Iken tular di aplikasi TikTok. Ekin turut memuji konsep unik kedai tersebut yang mana pelanggan boleh memilih bahan mentah dari sebuah pasar berdekatan untuk dimasak oleh peniaga di situ. "Makanan kedai tu sedap sebab lauk mentah kita pilih dan mereka akan tolong masakkan apa yang kita nak. Kedai tu kat tepi pasar. Kita pilih apa yang kita nak, kemudian bawa ke kedai tu, minta mereka masak. "Saya makan sotong, lala, ketam dan udang," ujarnya lagi. Saya akan datang lagi sebab sedap. Cuma kedai ni kena menunggu sikit la sebab ramai dan tunggu mereka nak masak tu," ujar Iken lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube