suria

Cili kering naik RM4, tauke katering pening nak caj harga mampu milik - “Macam mana nak bagi nasi atau lauk lebih?”

Rohaya berkata golongan peniaga makanan sepertinya terkesan dengan peningkata harga barang.

SEORANG pengusaha katering dan kambing golek menjadi perhatian ramai selepas dia membuat luahan hati tentang peningkatan harga barang.

Menerusi video tular di media sosial, Rohaya, 30, dilihat berada di dalam sebuah kereta sambil bercerita tentang harga barang-barang yang baru dibelinya.

"Selalu kami beli cili kering satu kilogram (kg) RM28, hari ni datang market, ya Allah ya Rabbi, sekilo RM32. Bawang putih selalu beli RM5 lebih, hari ni RM9.

rohaya5

Luahan hati peniaga katering itu meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

"Semalam beli beras 10kg RM40 lebih. Tak campur minyak lagi. Minyak paket kat sini payah cari. Jadi beli minyak botol. Dah RM30 lebih. Dua barang nak masuk RM100.

"Kami yang buat katering, tak tahu macam mana nak cakap. Jenuh nak pusing modal nak beli barang. Nak dapat untung, berapa je hangpa? Sedih beli barang sebab terkejut," ujarnya.

Tambah Rohaya, peningkatan harga barang juga dilihat sebagai cabaran besar tahun ini yang bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga, sebaliknya turut dirasai ramai lagi isi rumah lain.

Sebelum saya post video, barang yang saya beli sebelum tu harga murah lagi.

ROHAYA

"Jadi lepas ni macam mana kami nak bagi hangpa harga berpatutan dan mampu milik? Macam mana nak bagi lebih nasi atau lauk-lauk? Ya Allah, 2023 cabaran hidup memang tinggi. Kesian rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia dah tak ada golongan B40. Semua jenis golongan T20 ke atas. Hebatnya Malaysia 2023," ujarnya berseloroh menerusi video di TiKTok yang meraih 1.2 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berkerdip mata tengok peniaga jelita jual mi sup viral... Ramai yakin bukan kerja bomoh tarik pelanggan - “Pelaris tersendiri dah ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali

Mengulas video viral itu, Rohaya ketika dihubungi mStar berkata dia sekadar membuat luahan hati kerana terkejut dengan peningkatan harga yang berlaku secara drastik.

"Sejujurnya saya buat video untuk saya sendiri. Sebelum saya post video, barang yang saya beli sebelum tu harga murah lagi. Masuk minggu seterusnya hargai naik dari RM28 jadi RM32.

rohaya2

Kambing golek yang disediakan Rohaya untuk pelanggannya.

"Banyak lagi kenaikan harga. Ramai yang meluah pada saya, mesej saya sebab terkesan dengan kenaikan harga barang. Dalam malaysia ni bukan semua golongan T20, banyak golongan B40. Saya faham keadaan B40.

"Harapan saya pada yang berkuasa di atas tolong la cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah rakyat atas kenaikan harga barang yang mendadak tidak terkawal dengan ekonomi sekarang dan cabaran hidup 2023," ujarnya lagi.

Selain mengusahakan katering, wanita dari Permatang Pauh, Pulau Pinang itu turut menjadi pembekal kambing sejak enam tahun lalu.

komen

Antara komen netizen di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka sendiri yang terkejut melihat peningkatan harga barang di pasaran.

"Saya baru hari ini isytihar berhenti berniaga. Moga ada rezeki lain menanti. Tak sanggup dah dengan harga barang sekarang.

"Kami yang cukup-cukup makan pun makan bercatu. Dah susah. Macam mana la yang betul-betul susah tu, depa makan macam mana?

"Bawa RM50 boleh kira berapa barang je dapat beli," tulis beberapa netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain