suria

Cemburu tak bertempat, wanita ‘diusir’ dari lot parkir! Video raih hampir 5 juta views bukan rekaan

Wanita ini terkejut apabila dia diminta keluar dari tempat parkir.

CEMBURU adalah perasaan semulajadi yang ada dalam diri setiap manusia.

Malah dalam situasi tertentu alam perkahwinan, rasa cemburu dikatakan dapat mengeratkan hubungan suami isteri sehingga ada yang menyifatkan perasaan itu sebagai tanda sayang.

Bagaimanapun, jika cemburu itu berlebih-lebihan pastinya akan memudaratkan diri sendiri, pasangan, mahupun orang lain.

Seperti yang dialami Shakira Yusoff, dia terkejut apabila didatangi seorang individu tidak dikenali selepas memasuki lot parkir di sebuah pusat beli belah.

Shakira mengakui pernah berhadapan situasi sama di sebuah kedai makan.

Shakira mengakui pernah berhadapan situasi sama di sebuah kedai makan.

Mana tidaknya, tingkap keretanya tiba-tiba diketuk oleh seorang wanita yang memintanya keluar dari tempat parkir berkenaan.

Alasan yang diberikan oleh wanita itu untuk 'mengusir' Shakira nyata tidak boleh diterima akal - kerana lot tersebut terletak bersebelahan dengan kereta teman lelakinya.

Walhal, tempat tersebut adalah parkir awam dan setiap pengunjung bebas untuk meletakkan kenderaan mereka asalkan bayaran dibuat.

"Ni parking lot, sesiapa pun boleh parkir di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cop parkir dah biasa, penduduk flat ‘jiwa banglo’ bina garaj siap letak padlock - “Macam reban ayam, elok tuan dia masuk sekali”

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk kondo tapi kedekut bayar parkir! Suka hati ‘rembat’ lot kosong dalam restoran.... Tauke letak notis tetap tak peduli

"Tak make sense... kalau you nak cari, you cari tempat lain. Boyfriend you yang parkir sini," katanya berkali-kali selepas diminta untuk keluar dari situ.

Meskipun meluahkan keengganan, wanita terbabit tetap memintanya keluar dari lokasi tersebut dan mencari lot lain untuk meletakkan kereta.

Berang dengan situasi ketika itu, dia kemudian bertanyakan sama ada wanita tersebut mengalami masalah mental atau sebaliknya.

"Kau g**a? Insecure sangat," luahnya lagi.

Kita pernah kena macam ni semata-mata tak nak bagi parkir sebelah kereta dia... padahal parkir kita bayar, logo H.

WARGA MAYA

Berkongsi cerita kepada mStar, Shakira berkata, video tersebut hanyalah parodi daripada kisah sebenar seorang wanita Inggeris yang tular baru-baru ini.

Bagaimanapun, ia dihasilkan semula selepas rakannya juga pernah mengalami kejadian seumpama itu di Bangi, Selangor pada bulan lepas.

"I remake sebab kawan pernah lalui perkara yang sama. Kejadian berlaku di Bangi," luahnya.

Malah dia turut mengakui pernah berdepan situasi yang sama namun ia berlaku di kedai makan dan bukanlah lot parkir.

Antara reaksi warga maya pada video parodi yang dibuatnya.

Antara reaksi warga maya pada video parodi yang dibuatnya.

"Suprisingly, I actually lalui perkara yang hampir sama. Pada masa itu di kedai makan, I pernah kena tegur sebab duduk sebaris dengan teman lelaki seorang wanita ni," tambahnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya meskipun ramai yang mengetahui ia sekadar parodi.

Malah ia ditonton lebih 4.9 juta kali di TikTok dan mendapat hampir 400,000 tanda suka selain diulang kongsi 18,700 pelayar.

Tidak kurang juga yang menyarankan wanita tersebut menyuruh teman lelakinya duduk di rumah sahaja supaya tidak bertemu dengan masyarakat bagi mengelakkan rasa cemburu.

Ramai juga yang berkongsikan pengalaman pernah berdepan dengan situasi seumpama itu sehingga ada yang bergaduh.

"Walaupun ni hanya content, tapi memang ada yang perangai seperti ini.

"Pernah kena macam ni dulu... malas nak layan dan biarkan sahaja dia meroyan seorang diri.

"Kita pernah kena macam ni semata-mata tak nak bagi parkir sebelah kereta dia... padahal parkir kita bayar, logo H (Honda)," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain