suria

Wanita anggap BF tak normal! Duduk berdua tapi tak disentuh, ringan-ringan pun tak ada - “Aku kat Amerika ke sekarang?”

Seorang wanita meluahkan rasa pelik apabila teman lelaki hanya menonton televisyen ketika melepak bersama. -Gambar hiasan The Star

TIDAK dinafikan masalah sosial dalam kalangan anak muda sering menjadi topik perbualan dan tajuk akhbar masa kini seolah-olah ia adalah trend.

Lebih membimbangkan, individu yang enggan melakukan adegan tidak bermoral dianggap sebagai pelik dan di luar norma sehingga ada yang dituduh 'bernafsu songsang'.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila teman lelakinya hanya gemar berborak ketika meluangkan masa bersamanya.

Antara luahan seorang wanita yang dikongsikan pelayar Twitter.

Antara luahan seorang wanita yang dikongsikan pelayar Twitter.

Malah katanya, semasa berada di rumah lelaki tersebut, mereka sekadar menonton filem dan berbual kosong.

Disebabkan tidak bersentuhan, wanita ini menganggap teman lelakinya itu sebagai tidak normal.

"Normalkah teman lelaki macam tak ada nafsu? Pernah lepak (luang masa) di rumah, memang betul-betul tengok Netflix dan berborak sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Insaf bercinta dengan lelaki ‘red flag’, wanita ini bongkar kisah di Cameron Highlands... RM200 melayang di kedai nasi lemak!

ARTIKEL BERKAITAN: Takut kena tinggal, wanita tak kisah dikikis pakwe! Hampir separuh gaji untuk BF, mak di kampung bagi RM50 je

"Kemudian dia jarang sentuh aku, pegang tangan pun susah," luahnya lagi.

Mengakui teman lelakinya seorang yang baik, wanita tersebut turut merasakan dirinya tidak cantik kerana tidak disentuh seperti yang diingini.

Luahannya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar Twitter yang turut mengajaknya meluangkan masa di rumahnya pula.

Murahnya perempuan sekarang dan malangnya teman lelaki dapat wanita macam tu.

WARGA MAYA

"Try lepak rumah aku tengok," ciapnya ringkas.

Perkongsian tersebut membuatkan kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut dan marah, malah ada yang menyatakan sukar untuk mendapatkan lelaki seperti itu pada masa ini.

Tidak kurang juga yang meramalkan Malaysia akan menjadi seperti Amerika Syarikat yang mana gadis yang masih belum melakukan hubungan seksual akan diejek oleh rakan sebaya.

"Pasangan macam tu ada zaman sekarang mesti ramai yang pelik... untung siapa yang dapat jenis jaga batas dan tak perlu cari ustaz pun.

Warga maya meninggalkan komen kurang senang pada ciapan tersebut.

Warga maya meninggalkan komen kurang senang pada ciapan tersebut.

"Aku duduk dekat Amerika Syarikat ke sekarang ni? Kena ejek kalau masih virgin?

"Murahnya perempuan sekarang dan malangnya teman lelaki dapat wanita macam tu.

"Nanti dah kena sentuh dan ditinggal, kata lelaki tak berguna. Tak sentuh baguslah," ujar beberapa warga maya.

Sesetengah netizen lagi menyifatkan wanita tersebut sebagai tidak normal kerana mengharapkan sesuatu yang tidak sepatutnya, tambahan pula tanpa rasa malu telah pergi ke rumah lelaki selama berjam-jam.

"Awak tu yang tak normal, perkara ni dah jadi kebiasaan... teruk sangat masyarakat sekarang ni. Seram ya dunia sekarang!

"BF (boyfriend)? Kalau suami tak apalah juga. Elakkan berzina dan maksiat. Dunia ni dah banyak bencana berlaku, tak takut?

"Baguslah dia tak usik, kurang satu dosa," ujar segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain